Thursday, December 31, 2009

1/1/2010

kat hanpon aku tulis



1/1/2010....






akhirnya,,,, aku takde la nak tanam azam atau impian sempena masuk 2010.. aku cuba melangkah masuk macam biasa,, ala pertukaran hari dan tarikh je kan??
kalau nak berubah, takkan tunggu tarikh berubah.. setiap minit kita boleh berubah.. nak dengan tak nak je...semuanya terpulang pada diri masing2,,,

aku.. masih lagi yang dulu.. kecik.bertudung.pendiam. :)

mak dah tak mangajar tahun ni.. yeay, dia boleh rehat dekat rumah...

ayah. sabar ye,,, nanti dik midah cepat2 abis belajar.. tolong wat kan invoice,, hehe




p/s: pegang kuat2 dahan tu.. jangan bagi sape2 tebang,,, bertahan dengan dua tangan ko... kalau ko jatuh, mereka ketawa jahat.

Wednesday, December 30, 2009

selamat tinggal....2009 #klise???

aku sememangnya nak tulis entri sepanjang 2009... bila belek2 blog member2..ramai yg dah buat... macam cik nazi die buat part by part.. katenye nak buat orang tertunggu2.. macam cik aida dia senaraikan ikut bulan.. cik aida izinkan aku ikut cara ko ek...sebab aku tertarik..heheh

p/s: ade yang aku lupe... so mintak maaf ye....

bulan SATU dua ribu sembilan
*busy dengan latihan teater 40 seterusnya...
(terima kasih kepada produksi TG V)
*masih lagi bergelar AHLI MAJLIS TERTINGGI PELAJAR sebagai pengerusi blok
(maaf kalau ada salah silap sepanjang tugas)

bulan DUA dua ribu sembilan
*FESTIK- perform 40 seterusnya..
(dapat pencalonan tuk pelakon harapan :)
*busy dengan hal2 kolej...

bulan TIGA dua ribu sembilan
*berniaga dengan BBS
(tq kelas MGM)
*Ayah De Man meninggal
(waktu-waktu sukar)

bulan EMPAT dua ribu sembilan
*dinner Kolej
*1st time buat novel..
(erk.. kelas BBK)
*bukan lagi AHLI MAJLIS TERTINGGI PELAJAR bertukar kepada AHLI MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA sebagai NP 1..
(cuak.. dan masih lagi cuak)
*BBS trip,, ke genting..
(senyum sepanjang tahun)
*start LI
(1st time ayah bg drive jauh)

bulan LIMA dua ribu sembilan
*1st time ke BALI
(memori yang paling manis, macam gula-gula)
*mak pergi umrah
*Accident kereta dengan ba alif ba ya...
(fuhh tragik sungguh)
*1st time buat kek sendiri
(edisi hari ibu)


bulan ENAM dua ribu sembilan
*masih lagi LI..
*KAMI jatuh terduduk :(
(kau pergi.....)

bulan TUJUH dua ribu sembilan
*1st time duduk bilik sorang.
(itu pilihan aku)
*INDIE FEST.. :)
*Photoshoot dengan pusat Alumni tuk majalah.. :)

bulan LAPAN dua ribu sembilan
*misi 30 hari..
(berjaya??)
*puasa
(selalu balik rumah.. PENTING ni)
*jadi guest untuk live tv program kat Aspirasi Putra Tv...
(thanks korang.. bagi peluang..BISIK-BISIK)


bulan SEMBILAN dua ribu sembilan
*tour shopping raya BBS
*tour raya dengan geng VIVAC
(erk aku ikut kawan baik aku je... )
*tour tunang muji ke N.9
*tertubuhnya KKP (kerusi kuning production)
*photoshoot raya KKP dekat pokok paling glamer kat malaysia.. :)
(plus bukak puase same2)

bulan SEPULUH dua ribu sembilan
*busy final exam + presentation =student
*piknik KKP + photoshoot

bulan SEBELAS dua ribu sembilan
*busy dengan KPSM
*1st time jadi pengarah
*join KIRANA prod teater DETIK sbg crew teknikal.
(tuk kelayakan ke kebangsaan, berkampung di kuantan)
*1st job KKP- bangi
(halangan datang macam air)

bulan DUA BELAS dua ribu sembilan
*besday aku di Melaka.
(hei, aku dah 25.. so??)
*2nd jo KKP kat MELAKA
(jadi trip KKP yang best)
*1st time mandi air panas..
(air panas Gadek)
*1st time dapat hadiah gile dari Kupan.
*KPSM
(aku harap boleh tersenyum puas masa grad)
*Rock the World
(jumpa linda lepas beberapa tahun + talifon rosak)

p/s^2: entri ni panjang bukan.. tapi perjalanan 2009 lagi panjang, penuh dengan cerita... selamat tinggal 2009.. selamat datang 2010.. bertambah lagi satu tahun.. heh. senyum2..

p/s^3: untuk jiwa-jiwa aku.. semuanya akan baik2 saja... ALLAH akan tolong kalau kita ikhlas... :)

bye2

entri 2009 akan menyusul...













tengah recall memory..

Sunday, December 27, 2009

saya mahu hanpon.............

talifon aku rosak.. screen nye kabur..dah tak nmpak tulisan jenama CAm ayam..ni semua gara-gara RTW,hujan lebat dan gatal2 keluarkan hanpon dari beg... haih..
idea untuk beli hanpon baru bukan lah idea yang bernas, sebabnya aku kena berjimat cermat di musim tengkujuh ni. lagipu hanpon tu aku sayang macam anak angkat aku sendiri. walaupun button die dah pecah2.

aku ade satu wish list lain yang aku kena penuhi.

sabarnye,,, apa salahnye sekali sekala pergi jauh dari dunia tekonologi. heh.
masih berharap dengan kuasa matahari tuk keringkan talifon aku. :)





p/s: takut mahu tido.. takut terlajak kelas pukul 8.. harap maklum takde alarm.

Saturday, December 26, 2009

apelah sangat...

apelah sangat makan nasi hampir2 nak basi
kalau nak dibandingkan masakan yang selalu dia masak,

apelah sangat berdiri tengah panas
kalau nak dibandingkan dengan waktu yang dihabiskan untuk aku,,

apelah sangat duit yang keluar
kalau nak dibandingkan air milo panas untuk aku waktu perut sakit..

apelah sangat berdiri dalam hujan lebat
kalau nak dibandingkan telinga yang dipinjam kan untuk cerita-cerita aku...

apelah sangat ape yang aku buat berbanding semua yang dibuat untuk aku...

p/s: hari sabtu rancangan ke RTW, menjadi.. yee sangat panas dan hujan lebat yang menggila..makan nasi yang hampir basi.. nasib baik tumpang berteduh dekat tempat rehat artis2.. :)

p/s^2:sekali lagi aku tersenyum.. bila lihat Linda dah bahagia,, suaminya memang sesuai dengan dia... :)

p/s^3:untuk kawan2 yang lain... ada masa kita jumpa ye.. update cerita sebanyak mungkin...

Friday, December 25, 2009

update yang cepat2...



hari isnin dah start kelas...


esok aku ke rock the world..
malas nye tuhan je yang tahu..
bukan zaman nye lagi...
tapi disebabkan member lame..
yang same2 jatuh bangun.
aku gagahkan juga,,,

mungkin boleh jumpa abang aku kat sane..
yaa.. berharap..

ayah talifon.. tanya itu ini.. :)

p/s: sekurang2nya aku boleh senyum puas sebalum melangkah keluar...

Thursday, December 17, 2009

kalutkesah

dalam kalut-kalut ni, aku curi masa update blog.


"Sabarlah, setiap yang indah pasti bertemankan sakit"

RENDANG TAK BERBUAH
Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu

Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam







p/s:sabar ye sayang-sayang semua,,,

Wednesday, December 16, 2009

ketarlutut...

kalau kita takut... apa yang kita buat????





p/s: aku?? nangis sampai keluar hingus meleleh....

Tuesday, December 15, 2009

boyfriend n girlfriend #2

si lelaki teramatlah ganas,,,
si perempuan teramatlah lembut,,,











p/s: cis... kalau camtu aku dapat lelaki yang???

Monday, December 14, 2009

boyfriend n girlfriend

girlfriend : kenapa tak call semalam?? keluar ke?? pergi mana?? (nada yang marah)

boyfriend : awak, lapar ni.. nak makan kat mane?? (tenang sahaja)

girlfriend : tengok tu,, saya tanye bukan nak jawab...(masih lagi marah)

boyfriend : awak.... kalau saya jawab,, awak akan kata tu semua alasan...
baik saya jangan jawab...mesti meleret-leret sampai kita
gaduh... malasla, penat.(masih lagi tenang)

girlfriend : ooo malas layan saya.. penat ye,,, awak memang melampau..
kita clash jela... (bertambah marah)

boyfriend : ape?? awak lagi melampau...(tenang dan tersenyum)

girlfriend : kenapa pulak??(geram melihat boyfriend masih lagi tersenyum)

boyfriend : sebab nak clash... aih,,,dah jom makan lapar ni... (sentiasa tenang)



p/s: aku terlihat couple yang sedang bergaduh,,, tapi aku tak pasti ape yang mereka sedang bincangkan. yang aku dengar perempaun tu bersuara lantang. menjerit pada si lelaki.memang pasti mereka bergaduh. keduanya masam mencuka. 2 minit lepas tu, aku pandang mereka.. dan lihat si perempuan sudah memicit jerawat si lelaki... haih
dunia...

p/s^2 : aku terbaca satu artikel.. pakar motivasi tu kate.. kenapa bila kita gaduh.. tak kisah lah suami isteri atau couple, masing2 mahu tinggikan suara,, katanya sebab kedua-dua hati pasangan tu jauh. macam orang yang duduk berjauhan, sebab tu kena cakap kuat. biar hati yang sebelah sana dengar.kena jerit. katanya lagi, kenapa kalau kita sedang angau bercinta, cakapnya perlahan2 saje... alasannya mudah, sebab bila 2 hati berdekatan, mestilah mahu berbisik saje.. takkan mahu jerit2kan?? pekak nanti.. heheh

kamu kena tahu,,,

bagi aku...

"kita kena tahu, tujuan kita hidup"











p/s: terima kasih pada mereka yg membantu,,,

Sunday, December 13, 2009

erk

saya korbankan jaket jeans yang paling mahal...
saya korbankan mimpi indah..
saya korbankan berat badan..

saya korbankan senyuman mak ayah saya


atas nama cinta...






p/s: bodoh??

Tuesday, December 8, 2009

cuba untuk berhenti berfikir kenapa dan kenapa...

banyak kali dah.. tapi tak berguna pun..
makin difikirkan makin sesak..
sedangkan itu bukan yang kita hendak..

mungkin ada satu hikmah besar tengah tunggukan?

aduh,, persoalan lagi..

macam tu lah hidup.. tak habis-habis menyoal..

cube la duduk diam... boleh???

Sunday, December 6, 2009

entri 25 tahun.


yang berubah
1. saya sudah ada lesen memandu.
2. saya boleh bercakap depan orang ramai
3. saya ada kawan baru.
4. saya ada syarikat belum berdaftar dengan kawan.
5. saya lebih positif dalam hidup.
6. saya lebih pendiam mungkin. ;p

yang belum berubah
1. saya masih lagi seorang pelajar.
2. badan saya masih lagi kecik.
3. saya masih lagi rindu kawan lama saya.
4. saya masih lagi tiada cerita baru.
5. saya masih percaya pada takdir. dan selamanya akan percaya.
6. saya tetap NOOR HAMIDAH BT MUBIN yang baik hati,,, hahha



ini pasal hidup.
sedar tak sedar, aku dah 25 tahun. banyak lagi isi alam aku belum teroka. aku tak rasa pengalaman hidup aku dah setinggi gunung. malah makin lama aku hidup makin berkurang pengetahuan tentang isi alam.

selama 25 tahun ni, aku dah berpindah sekolah sebanyak 3 kali. duduk di hostel selama 2 tahun. duduk dengan kakak sulung aku 2 tahun lebih. belajar di IPTS, belajar di IPTA. aku sebenarnya, langsung tak pernah merancang dan tak pernah bermimpi untuk hidup macam ni. 10 tahun yang lepas, aku masih lagi gelap. kulit dah sememangnya gelap, tapi kehidupan yang lebih kearah kegelapan. tapi aku tak kata kehidupan aku sekarang dah cerah, tapi ia lebih baik dari dulu.


ini pasal cinta

ini tentu bosan untuk kamu baca. sebab ianya tiada yang menarik. sunyi saja sejak beberapa tahun yang lepas. sejak aku percaya bahawa hati aku tahu apa yang aku mahu. berjuang untuk cinta bila kamu dah tahu bila masanya... aku tidak pernah ditipu atau menipu, berharap berjumpa dengan keajaiban. erk.

ini pasal kawan

dari kecik lagi aku sayang kawan2 aku. dari hari ke hari dah makin ramai menjauh. bukan jauh tinggalkan aku. cuma mereka pergi kepada kehidupan yang sepatutnya. contohnya berkahwin.bekerja.cari sesuatu yang terbaik buat mereka. tapi semakin ramai yang datang untuk berkawan. jadi aku cantumkan kawan lama dan kawan baru dalam hati aku. untuk aku sayang setiap hari. aku amat bertuah punya kawan seperti kawan-kawan aku. :)


ini pasal keluarga

keluarga aku makin bertambah. anak-anak sedara dah boleh diajak berbual pasal cinta.fesyen.artis. rasa sekejap je. mak dan ayah dah semakin meningkat usia. 6 orang adik beradik yang lain, ayah dan mak tak perlu risau, dah ada yang jaga. 1 orang lagi mengira hari untuk menjaga anak dara orang. yang tinggal cuma aku. jangan risau..
aku sayang keluarga aku lebih dari segala-galanya.
kerana mereka aku mampu hidup selama 25 tahun dengan aman.
tanpa ada rasa sakit seperti ditikam.
masih boleh tersenyum masa minum ubat.
boleh tahu antara belas dan kasihan.
tahu bezakan matemati dan sastera.
kerana percaya aku selama 25 tahun.

p/s: terima kasih pada semua yang memberi ucapan hari ulangtahun. terima kasih pada mereka yang bagi secret recipe :)

p/s^2: nombor yang bertambah setiap tahun, tidak memberi makna jika hidup tidak dihargai.

p/s^3: saya masih berjuang!!

bukan untuk kesempurnaan, untuk hidup yang baik-baik saja.

Wednesday, December 2, 2009

heii ini untuk kamu..

dalam dunia kecil kita...
kamu sangat manis...

bila kita smua kenal dewasa,,,
kamu lagi manis..

kamu kenal cinta..
muka kamu macam gula..

manis sepanjang masa...

satu hari...
kamu diuji...

sabar,, ribut datang...
duga kamu...

aku harap kamu selalu manis..
macam selalu...

sebenarnya aku rindu..
rindu kamu yang manis...

senyumlah.,,,

2/12/09

aku teramatlah suka pergi kenduri kahwin. tak tau kenapa. aku suka suasana kenduri kahwin. nikmat dapat kenduri kahwin aku ibaratkan macam makan aiskrim masa musim panas dan sedang makan bersama sidia di Paris. tapi aku faham, bukan semua orang macam aku.

bila masuk bulan 12. bulan orang kahwin. tarikh hujung minggu bulan 12 di kampung aku dah penuh dengan acara menepung tawar. pukul kompang. karaoke. haih. dan teramatlah malang bila aku tak dapat menyertai kesemua aktiviti tepung tawar semua tu.

aku sempat balik kampung hari raya haji tu, jumpa dengan orang - orang yang akan kahwinkan anak-anak mereka. ayat yang aku tak tahu nak jawab bila mereka-mereka tanya "nanti masa kenduri balikkan?" erk... masa ni aku betul2 tak tahu nak jawab pe....


p/s: yee KKP ke melaka.. ok itu mungkin dapat ubat jiwa aku. tengok orang bersanding jugakkan?