Monday, January 3, 2011

YEAR END SPECIAL. ( entri memperingati 2010)

tahun 2010, adalah tahun yang harus aku ingat sepanjang zaman. banyak perkara terbaik berlaku dalam tahun 2010. bergraduat. daki gunung tertinggi di semenanjung. photoshoot dengan kawan2 terbaik. teater. entri kali ni, sempena memperingati 12 bulan di tahun 2010. sorry kalau terlebih panjang dan meleret leret. :)

JANUARI
bulan pertama trip ke genting dengan classmate. yang menariknya trip genting ni, dirancang secara spontan. Ila, kutip nama dekat cafe. lepas tu dia uruskan semua. yang kami tahu. enjoy!! big thanks untuk Ila sebab berjaya jadi penganjur. aku rasa trip ni berguna lepas 3 tahun duduk kelas yang sama dan diakhiri dengan aktiviti yang enjoy. sekurang2 nya ada kenangan kelas kan?

sehari lepas ke genting, dengan gigihnya aku ikut trip mendaki gunung nuang. tertinggi dekat selangor. pengalaman yang menarik. ditambah pulak masa mendaki aku sakit gigi. :). kali ni kelab kembara k5 yang anjurkan. tapi secara underground, takde paperwork. memang keselamatan ditanggung sendiri. dan itulah yang paling seronok sekali. rebel..

FEBRUARI
untuk bulan kedua, sekali lagi kelab kembara buat trip ke pangkor. teluk segadas. kali ni lama sikit. jadi apa lagi. pergi la seramai 13 orang. :) cerita sebelum pangkor aku rasa banyak mematangkan pengarahnye iaitu botol. ye tak??

dalam bulan ni jugak,join produksi teater terakhir sebagai student. alhamdulillah pementasan Jerjak berjaya bawak pulang anugerah pelakon wanita terbaik dan pembantu wanita terbaik. dan yang menariknya, jerjak cuma dilakonkan oleh dua orang wanita sahaja. terima kasih tak terhingga kepada yang terlibat. i love teater.

MARCH
Dua event terbesar bagi k5 berlangsung pada bulan yang sama. memang terkejar2 dengan FYP yang makin membunuh. fuhhh masa memang memakan tuan.

Peniti, adalah event tradisi k5. jadi haruslah dibuat sehabis baik. sekali lagi aku diamanahkan sebagai AJK GIMIK. aku memang suka dengan gimik. boleh branstorming tak kira tempat. kadang2 tengah mandi idea datang. Alhamdulillah. gimik berjaya dengan pertolongan semua. kalau nak sebut satu satu nama memang entri ni jadi entri khas la pulak. :)

Dinner untuk pelajar tahun akhir agak kontroversi. tapi aku malas nak ceritakan kontroversi yang berlaku. kepada sesiapa yang menyokong. terima kasih. untuk dinner tak banyak ambik tahu pun, kan final year katenye... :) malam tu dapat la anugerah extravaganza rasenye. aku sendiri tak tahu objektif sebenarnya anugerah tu wujud, orang dah bagi kita terima dengan tangan terbuka kan?

APRIL
Terlibat secara tak langsung dengan pementasan teater DETIK untuk manifestasi kebangsaan. itu kali pertama aku terlibat dengan produksi besar macam tu. aku di amanahkan sebagai ASM dan pengetuk drum. terima kasih tak terhingga kepada semua. kalau boleh aku nak lagi pengalaman macam ni. kita boleh belajar sesuatu dari sesuatu perkara, bukan setakat teater kan?

boleh dikatakan bulan April, dikira sebagai bulan untuk mengakhiri segala - galanya sebagai student dan MTM. meeting terakhir sebagai Naib presiden k5. air mata time tu, kalau ade kolam dah penuh kolam tu dengan air mata aku. sedih sangat nak tinggalkan semua tu. Last exam jugak pada bulan ni. last exam kelas kami semua tangkap gambar kenangan. :) sekali lagi Ila as a penganjur. TQ

MAY
Bulan ni adalah paling menarik sepanjang aku hidup 26 tahun. sekali lagi kelab kembara k5 anjurkan aktiviti paling mencabar, iaitu mendaki gunung tahan. tapi tak ramai yang join. bagi aku yang memang dah lama bercita - cita mendaki gunung tahan. apa lagi, tanpa fikir 10 kali. terus bersetuju. pengalaman dalam hutan selama 7 hari, takkan sesiapa dapat selama 3 tahun belajar di Universiti. :)

ini kan bulan paling menarik dalam hidup aku. nak tahu kenapa?, bulan ni jugak presentation Final Year Project. FYP FYP FYP. cerita pasal FYP merupakan cerita kegilaan aku. hampir menjadi tak betul aku rasa. tapi itulah student kan?? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih pada Dr Rohaya. superb supervisor. :)

ada lagi perkara menarik berlaku. ianya mungkin kisah biasa bagi sesetengah orang, tapi bagi BBS ianya sesuatu yang kena ingat sampai bila - bila. BBS photoshoot dekat pokok komersial di ladang UPM. dan photog adalah en opel merupakan photog sambilan. dan gambar2 nya terbaik. dan semuanya adalah F.O.C. tak tahu lah kalau upah photog luar untuk photoshoot mesti banyak duit kena keluar. tq Opel. Tq BBS. Tq Pokok UPM.

JUN
bulan Jun mungkin bulan akademik pada aku. haih sepatutnya dari awal bulan akademik. tapi bulan Jun, baru lah aku tumpukan 10o% pada tesis. erk lambat bukan? dan jugak bulan Jun aku diuji bila result kalkulus keluar, dan aku TAK LULUS. wohhooo dah laa final sem, berkemungkinan akan extend. fuh2 tuhan je yang tahu, apa aku rasa masa tu. air mata macam air terjun turun, mencurah2.

tapi dalam sedih dan kalut siapkan tesis, sempat lagi aku ke Royal Belum. Perak. pengalaman yang superb. tak banyak yang nak diceritakan di Belum. sebab otak pergi dengan rasa yang tak tenang tapi disebabkan duit dah bayar.. pergi jugak la membawa hati yang lara. :)

Alhamdulillah, Kalkulus dibenarkan retest. jadi aku siapkan tesis sambil tunggu panggilan untuk retest. dalam kalut siapkan tesis. dapat berita ayah sakit dan masuk ke Kuantan Medical Centre. balik dan sambung tesis dirumah. dan tanggungjawab mula datang menjenguk. hai :)

JULAI
retest time. aku pindah ke bilik lain setelah menumpang kasih dekat bilik junior. time ni aku dah ready mental dan fizikal kalau tak lulus. takut kena extend. bila ayah dah tak berapa sihat, ayah dah suruh aku kerja dengan dia sepenuh masa, jadi aku dah tak mengharap untuk mintak kerja dengan sesiapa sekalipun. ada jugak mulut yang kata " eh belajar tinggi tapi kerja dekat kampung je??" jawapan aku senang " duduk rumah lagi best ". itu yang paling aku risau. kalau tak lulus extend dan macamana dengan harapan ayah. kuasa Tuhan tiada siapa tahu, Alhamdulillah Retest aku LULUS. :)

kawan baik aku wana jugak kawin dalam bulan ni. plus nabila athira kawan baik dari UPM pun datang. wana kahwin aku jadi pengapit. bawak bell jalan - jalan kebun. jalan - jalan ke gambang waterpark. dan semuanya gembira.

OGOS & SEPTEMBER
aku gabungkan dua bulan ni, sebab tak banyak yang berlaku. angkut TOMMI dari UPM, fuh bawak naik van pakcik nazir. dengan angkut TOMMI dan barang2 lain dari UPM bermakna dengan rasminya, aku dah keluar dari k5. hehehe sedih bukan??

1.8.2010 jugak secara rasmi sebagai pekerja KS MAJU ENTERPRISE, :)

bulan september sibuk dengan kerja dan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran baru. erk banyak jugak air mata tumpah. rupanya bukan senang bekerja dengan keluarga dan aku pulak adalah anak bongsu dari lapan orang adik beradik. dapat bayangkan tak macamana manjanya aku dirumah. dan tiba tiba aku kena marah pasal itu ini. ayah cakap pasal kerja di mana sahaja. lama - lama aku dah biasa. kerja dan keluarga dah jadi satu. :)

OKTOBER
bulan ni merupakan bulan paling bermakna bagi aku. yipiieee... bergraduat. bayangkan perasaan selama 3 tahun belajar. macam-macam cerita masa belajar, dan masa dihabiskan lebih banyak untuk event dari mengadap buku. macam ayat yang selalu aku cakap " ini jalan yang aku pilih". bila dah disahkan oleh senat yang aku dah bergraduat. fuhh syukur tak terhingga. :)

13.10.2010. tarikh keramat naik kepentas untuk ambik skroll. dan sekali lagi photoshoot dengan kawan terbaik sempena graduation. F.O.C lagi. :)

lupa pulak. aku memang jenis akan reward diri sendiri kalau ada sesuatu yang berlaku. jadi untuk konvokesyen ni, aku reward diri aku dengan instax kamera. yippie. tersangat suka. :) sebab bagi bila aku tangkap gambar dengan instax, itu adalah moment yang sangat berharga. :)

NOVEMBER & DISEMBER
wahh tak sangka dah sampai ke penghujung tahun. bulan sebelas aku sibuk uruskan perkahwinan muji. kesana sini beli barang. bulan ni jugak dipenuhi dengan mesyuarat adhoc dari TM. pergi kursus di Terengganu, dan aku seorang je perempuan masa kursus tu. dan aku dengan jayanya lulus. yeay!!. Oh ye...makin berani bawak kereta di bandar kuantan. aku memang ada masalah dengan kereta yang banyak di jalan raya. takut dengan kemalangan. tapi demi kerja aku dah berani sikit. yeay!!

5.12. 10 kenduri dekat rumah. macam biasa semuanya berjalan lancar. dan sekarang aku dah kena tempias bila muji dah kahwin. aku dah tak boleh jadi kan dia sebagai alasan lagi. moga berbahagia abg muji. :) tarikh ni jugak hari lahir aku yang ke 26. sama macam tahun2 lepas, time hari jadi je mesti aku ada event besar. jadi haruslah aku tak guna free call yang maxis bagi. mungkin ada hikmah. hehe :)

ok akhirnya dah sampai penghujung entri ni. panjang bukan. apa yang aku nampak life sebagai student cepat saje belajar perkara baru. dan bila dah kerja. macam takde apa yang berlaku. kerja kerja dan kerja. setiap perkara berlalu macam tu saja. tak sempat nak pegang dan rasa. :)

moga jumpa lagi di tahun 2011. love miedot. :)

5 comments:

petra comel said...

huhu...nnt post pasal moment time keje plak...

nazi comel said...

aku suke entry ko yang ni. ringkas and padat

dodot said...

petra comel???? : hahaa moment kerja tak smpat nak rakam dalam kotak minda. hahah serabut sngt. nak belajar balik!!

nazi comel jugak ke??? : hahha perli ke ape??

tough lady :) said...

wowwwwwwwwwwwwww. dah siappppppp. nice niceeeeeeeeeeeeeee. suke suke suke.

mane moment perjumpaan bbs akhir tahunnnnnnnnnnn?? hoho

dodot said...

tough lady : ooo aah laa.. hehehhe takpe2 yang tu tulis tuk tahun 2011 nnti. ahahha

BBS tetap dihati.hehe :)

buat laa cepat makcik.