Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012. selamat datang 2013. :)

aku rasa setiap tahun sama je ayat.

"eh macam semalam je masuk tahun 2012. hari ni sedar tak sedar dah hari terakhir."

setiap tahun (mengikut kalendar mat salleh) aku cuba recall balik apa yang berlaku sepanjang tahun. tahun ni ada banyak perkara berlaku. perkara besar maksud aku. besar yang sampai mampu ubah hidup aku.

yang bawak suka dan duka.

tahun 2012- ayah tinggalkan kami sekeluarga. tarikh tu aku takkan lupa sampai bila2. betullah orang cakap, bila kita sendiri kehilangan baru kita tahu hargai sesuatu. itu normal. kalau dulu aku selalu cakap "aku tak tahu macamana rasa kehilangan orang yang terdekat dgn kita". tapi sekarang aku dah tahu.dan tak semua orang akan faham tentang rasa tu, smpailah mereka juga kehilangan. terus terang aku katakan aku sedang adapt dengan situasi ni. bukan mudah. terlalu berat.

tahun 2013- aku tahu rindu pada ayah takkan berkurang walaupun sedikit. aku berharap tahun 2013, aku mampu buat amalan2 yang ayah juga dapat pahala disana.semoga aku dengan mak diberi kesihatan yang baik, boleh aku ziarah pusara ayah setiap hari jumaat. terasa dekat dengan kematian.. baik untuk kita kan?

tahun 2012- aku putus cinta lagi. ok bab cinta ni aku rasa kelakar sikit. sebenarnya dah lama gila aku takde kawan lelaki yang aku anggap istimewa. sampai satu masa kawan baik aku kenalkan aku dgn adik ipar dia. ayat klise yang orang selalu cakap, "takde jodoh". perancangan tuhan memang terbaik. dalam aku berkira2 tentang hubungan aku dengan dia. dia yang terlebih dulu angkat bendera putih. dia yang terlebih dulu rasa tak mampu untuk teruskan. bagi aku semua benda berlaku bersebab. jadi aku simpan semula impian nak jadi isteri solehah. :P hubungan tu bertahan +- 5bulan. oklah tu bertahan 5 bulan. daripada sehari kan?

tahun 2013- ok no komen. hahahaha ada yang cakap "wei dah 29tahun nnti, cari lah cepat" errr bohonglah kalau aku kata aku tak risau langsung. hati manusiakan? mestilah nak berteman. tu dah fitrah manusia kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiii (panjang tapi tu) :P. jodoh ni rahsia tuhan. usaha? yeee aku maybe kena usaha lebih sikit. contohnya kena baiki komunikasi aku dengan orang yang aku sayang. aku mmg suka timbulkan awkward moment. tu kelebihan aku kot. hahaha aku kena cari someone yang boleh pecahkan awkward moment tu kot. dulu aku selalu rasa nak yang boleh bimbing aku. yang punya iman teguh didada. sekarang aku sedar,kalau nak iman yang teguh didada aku kenalah teguhkan iman aku dulu. macam yang mak pernah cakap "nak cari suami beriman, aok tu dulu kena rajin bangun subuh" hohohoh kena setepek. eh terpanjang pulak. aku yakin ALLAH dengar doa aku. cuma belum masanya dia tunaikan. :)

tahun 2012- ayah dah ajar aku macam2 pasal kerja.apa yang dia buat.macamana nak uruskan itu ini.ahh macam2 lah. 2tahun aku ikut ayah. dia memang suap aku habis-habisan.sampai tahap melepak dengan kawan2 dia, punyalah dia nak suruh aku masuk dalam dunia kerja dia.Sebelum dia meninggal, beria dia suruh aku bukak kedai runcit. kalau ikutkan aku. malas dah peningkan kepala,  rupanya ada hikmah aku bukak kedai runcit. ayah tahu kemampuan anak dia. kalau jadi apa2 pada syarikat kitaorang. ayah awal2 dah siapkan backup plan. Alhamdulillah, perlahan2 aku belajar. aku sebenarnya kosong pasal bisnes. sekarang pun tengah bertatih lagi. tapi aku yakin.. rezeki tu jaminan ALLAH. jatuh bangun tu adatla kan? tahun ni jugak banyak sangat masalah yang datang. mungkin dulu kalau ada masalah  aku akan rujuk ayah. apa2 keputusan ayah. tapi lepas ayah meninggal, masalah datang bertimpa2. aku dengan abang teh macam tak tentu arah. sampai satu tahap nak beli kerusi untuk kedai pun aku sebak. kalau ayah ada, aku tak konfius nak beli yang mana. akhirnya aku sedar, yang aku still ada abang teh. yang sentiasa ada time susah senang. kata adik beradikkan? . kadang2 aku sebak tengok adik beradik aku yang lain tak putus2 bagi semangat. tanpa mak dan 7 orang adik beradik aku yang lain. rasanya aku stop je dari teruskan apa yang ayah buat ni. bawak sijil pergi panjat pejabat2 beso kat kolumpo tu mintak keje. tapi sekali lagi ALLAH bukak mata aku, belum tentu aku mampu bila keje dengan syarikat2 beso di kolumpo. ALLAH je yang boleh balas semuanya pada diaorang . :')

tahun 2013- aku dapat rasakan yang tahun depan lebih mencabar untuk aku dengan abang teh. aku wajib set kan dalam otak aku. setiap cabaran tu bawak rezeki. cewahhh. tak kiralah jatuh tergolek ke apa ke.. aku harap aku tak patah semangat. aku kena cari banyak2 kekuatan. kena cari banyak2 ilmu. kena belajar dari mereka yang pernah gagal dan berjaya bangun semula. aku tak boleh malas2 lagi. tak boleh tangguh kerja lagi. bak kata ustadh nouman ali. "respect to time". hohoho sorry masa. aku selalu main2 kan ko. selalu anggap kau punya waktu lebih untuk aku. tapi sebenarnya 24jam tu dah sempurna takkan ada lebih waktu walaupun seminit. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3). sebenarnya harapan terbesar aku. lebih menghargai masa. lebih bijak uruskan masa sendiri. lebih tahu macamana nak "maintain balancing" dalam hidup(macam yang ustadh Nouman Ali ckp dalam video dia "making the changes" kalau tak silap). mana yang utama, mana yang penting untuk urusan dunia dan akhirat. kena banyak belajar lagi sbb itu kelemahan aku dari dulu. pengurusan masa aku mmg gagal. sentiasa kena ada orang yang ingatkan. sentiasa kena ada petunjuk. harapnya tahun depan aku mampu uruskan masa dengan baik. InsyaALLAH. sebab tu aku kena jaga waktu solat. sebab aku pernah dengar, "kalau kita jaga waktu solat baik2, insyaALLAH masa kerja kita jugak akan berjalan dengan baik. " semoga ALLAH tetapkan hati aku.  :).

waaa dah panjang rupenya.. apa yang aku dapat simpulkan sepanjang tahun 2012.

banyak cerita yang berlaku macam tahun2 lepas jugak. 365 hari berlalu, bohongla kalau kita cakap. takde apa yang best berlaku dalam hidup kita. setiap hari ada saja benda berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya. cuma kadang2 kita terlepas pandang. bak kata Tun Mahathir "Melayu mudah lupa" eh!. hehe

tapi tahun 2013 ni aku rasa lain sikit, tahun2 sebelum ni aku tanamkan azam. tapi tak pernah ambik serius. ahh aku memang tak pernah serius pun pasal life pun sebelum ni. tahun ni aku ada tiga azam. aku kena tulis azam aku. sebab kalau aku lupa aku boleh tengok semula. kalau ada sesiapa yang baca azam aku ni, lepas tu nampak aku macam lari dari landasan, sila ingatkan. :)

bismillah...

pertama, aku nak CARI REDHA ALLAH. sebelum ni aku banyak main2. aku cuma tahu bersyukur sebab aku ada semua yang aku mahu. aku tak pernah rasa terbeban. tapi aku tak sedar samaada ALLAH redha atau tidak dengan apa yang aku buat.contohnya mudah. aku rasa aku dah tutup aurat. tapi betulke aku akan selamat bila ALLAH tanya aku nanti pasal aurat aku? Nauzubillah.

kedua, GEMBIRAKAN HATI MAK. terus terang aku katakan.. aku jenis yang tak reti nak tunjuk rasa sayang aku pada orang yang aku sayang. aku suka memberontak depan orang yang aku sayang. aku anggap orang yang aku sayang akan faham aku sentiasa. tapi aku lupa jaga hati mereka. mak adalah syurga dunia bagi aku. ALLAH bagi peluang aku duduk dengan mak. aku wajib hargai peluang tu. aku pernah terdengar dekat radio kot. kata ustaz mana entah aku lupe. katanya "rugilah pada sesiapa yang dah duduk dengan mak ayah tetapi tak boleh masuk syurga". aah syaitan ni takkan bagi kita hidup aman. ada saja dia cucuk2 hati kita biar kita rasa marah dengan orang yang kita sayang. video ustaz kazim betul2 tinggalkan kesan.. "mak kita lambat... sabar.. tu mak kita" subhanallah. takut sangat aku. aku paling banyak habiskan masa dengan mak, takut sangat aku paling banyak lukakan hati dia. semoga aku kuat dari gangguan syaitan2 yang kejam. :)


ketiga, KAHWIN. hahahah ok. azam yang ni boleh fleksibel. kalau tak jadi tahun ni. tahun depanlah kan? hehehe macam yang aku cakap awal2. rahsia tuhan. siapa tahu? . maksud aku kat sini, persediaan!. nak kawen tapi dah ready ke nak buat kerja2 rumah (bab paling aku gagal.. errr atau malas?) . dah ready ke nak kongsi semua masalah dengan suami. dah ready ke nak setia? dah ready ke nak terima hakikat dia suami kita dan kita tak boleh melawan?.tapi kadang2 ready tak ready kalau ALLAH dah tentukan.. kawen jugak. berbalik pada ketentuan ALLAH la kan? sbb tu hidup ni kena ada pegangan, cewaah. aku percaya kenduri kawin ni simple je.. hari2 selepas akad nikah tu yang complicated. macamana kita nak react. tu yang penting. nak2 pulak aku yang cepat bosan dengan sesuatu. bolehke aku tak bosan dengan dia? haa tu persoalan terbesar. :P. aku harap aku dapat persiapkan diri aku sebelum kawin. barulah boleh bina keluarga yang sakinah. :)

semoga tahun 2013 ni, aku dilimpahkan rezeki banyak2. aku naaaaaaak sangat bawak mak buat umrah. aku naaaaaaaaaaaaaak sangat berdoa depan Kaabah. :)

ok akhir kata dari aku. terima kasih pada semua yang mewarnakan hidup aku di tahun 2012. jangan serik untuk sentiasa ada dengan aku untuk tahun2 seterusnya ok?  i looooooooooooooveeeee u. :).

 reminder untuk diri sendiri :

 "bersangka baiklah sesama manusia, yang paling penting.."
"bersangka baik dengan urusan ALLAH"
"setiap perkara yang ALLAH jadikan bersebab" 




love dodot
31/12/12.
9.52 pm









Wednesday, November 14, 2012


banyak sangat masalah nak diadukan..
kisah orang yang ayah percaya..
kisah kontraktor yang gila kuasa...
macam-macam masalah dunia..
yang tak pernah ada penamat cerita.

banyak sangat berita gembira nak dikongsikan...
kisah kedai petang2 penuh dengan budak2.
kisah rumah dee yang dah siap sepenuhnya..
berita gembira yang hadir setiap hari..
dalam realiti mahupun mimpi.


banyak sangat...

tak terhingga cerita yang disimpan..






Sunday, November 4, 2012

ayah.

tiga bulan ayah pergi tinggalkan aku, keadaan lebih sukar dari aku jangka. dulu aku selalu terfikir macamana agaknya kehilangan orang yang tersayang.

rupanya tuhan saja tahu rasa perit tu.

Bismillah.

Siapa sangka kepulangan aku dari terengganu adalah minggu terakhir aku habiskan masa dengan ayah. Pulang dari terengganu hari selasa. rabu.dan hari khamis siangnye.. siapa sangka malam jumaat ayah pergi untuk selama-lamanya.

Pada malam tu ayah tengok tv, debat antara pemuda PAS dengan Ulama' muda UMNO. kejap-kejap ayah akan tukar siaran bola. malam tu aku tak banyak borak dengan ayah. tak jugak tengok tv dengan dia. maklumlaa siaran langsung tak menarik perhatian aku. tapi dah jadi kebiasaan aku borak2 kejap dengan ayah. nak2 pulak pasal politik. lain sikit semangat ayah.

Masa ayah tengah tengok tv, aku dengan abang teh sibuk configure modem untuk kegunaan kedai. petang tu masa ayah datang kedai, aku bagitahu yg streamyx dah pasang. aku ingat lagi dia punya excited. maklumlah pejabat kecik dah siap. internet dah pasang jadi dia tahu aku boleh tumpukan pada kerja.

dalam pukul 11 lebih aku masuk bilik, abg teh dah balik rumah dia. mak baru balik dari kenduri, dee tengah basuh pinggan, arif dan aqil dah tidur. masa tengah kira2 duit jualan. aku dengar ayah jerit, macam panggil nama aku. aku pelik. keluar dari bilik, tanye mak.. mak cakap ayah nak air je... ayah dah masuk bilik time tu. aku tak jenguk ayah dalam bilik. sebab memang biasa dia mintak mak ambikkan air untuk dia. tapi aku tak sedap hati. keluar balik dari bilik pergi jenguk bilik ayah.

Mak tengah usap2 dada ayah. aku panggil dee.. perkara tu berlaku sekelip mata. aku tak pernah tengok ayah sakit dada macam tu.aku dengan mak usap2 dada ayah. ambik air zam zam bagi ayah minum. kali pertama ayah boleh telan. kali kedua ayah dah tak boleh telan air zam zam tu. mak tak boleh panik. mesti dia sakit perut.masa mak pg toilet, aku tinggal dengan ayah je.sampai sekarang aku ingat renungan terakhir ayah untuk aku.

 Dee call sepupu aku, abg jali. bagitahu ayah sakit dada. call abang teh berpuluh2 kali dia tak angkat phone. abg jali dtg dengan mat (budak pondok sebelah rumah). Masa abg jali masuk bilik ayah. dia tenang je. Abg Jali suruh Mat baca yassin. Time tu aku memang blur. call abg teh tak dapat2. aku dengan dee decide pegi rumah abg teh. call ngah suruh balik rumah cepat.

Ambik abg teh dari umah dia. sampai2 je dekat rumah. masuk bilik ayah.. mak cakap "Adik, ayah dah takde". dalam bilik masa tu ada beberapa orang budak pondok. abg jali. mak. masa cakap tu aku tak tahu apa aku rasa. keluar dari bilik dan fikir.. "Hari ni rupanya.. harinya"

sekelip mata sangat2. dalam sijil mati ayah tertulis 11.50. berapa minit je ayah pergi. macam baru je ayah duduk atas kerusi feveret dia. macam baru je ayah ngomel2 pasal politik. macam baru je ayah tepuk peha dia bila bola tak gol.

perasaan masa tu mmg blur. kebetulan pulak aku period. aku cuma boleh berzikir. call adik beradik yang duduk jauh. anak2 ayah 8orang. 7 orang duduk pahang. abang muji je baru pindah melaka. orang kampung mula datang ziarah.

seingat aku, aku cuma sempat mesej kawan2 rapat je. masa aku dalam bilik sorang2. masa tu baru aku nangis puas2. aku sendiri tak tahu pukul berapa aku terlelap. yang aku tahu mak kejutkan aku sbb dah pukul subuh. orang dah mula datang. adik beradik semua dah ada.

Jenazah ayah dikebumikan lepas solat jumaat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. selesai semuanya tepat pukul 12 tengahari. Jenazah ayah dibawa ke masjid. Solat jenazah dekat masjid. Alhamdulillah lebih 40 jemaah yang solatkan untuk ayah.

Talkin dibaca oleh abg yan. sebak sangat bila abg yan ucap "ayahku, kini kau telah berpisah dengan kami" . ayah beruntung ada anak yang boleh bacakan talkin untuk dia. yang imamkan solat jenazah untuk dia.. aku ingat lagi ayah cakap. dulu ramai yang tak setuju dengan ayah, bila ayah hantar anak lelaki dia ke sekolah pondok. kata mereka apa yang anak ayah nak makan nanti. ulang2 kali ayah cerita pada aku. sekurang2nya ayah pergi dengan rasa bangga bila anak2 dia yang uruskan semuanya. itu rezeki ayah.

aku tak tahu nak habiskan entri ni macam mana. aku dah janji dengan diri sendiri. taknak menangis bila tulis entri ni. yup, aku pegang pada janji. cuma dada je berombak.. perasaan yang aku sendiri tak tahu nak kawal.

oklah, nanti ada masa aku tulis lagi. perihal ayah. yang sentiasa disenangi semua.

Alfatihah ayah.

kami anak ayah, sentiasa doakan ayah.
 

Wednesday, October 10, 2012

cerita tahun lepas :D


seminggu ni langsung tak produktif.

malas sangat nak belek kerja. cewah macam busy sangat. 

untuk ambik mood hujung minggu ni, aku nak tulis entri pasal aku n nabila pergi penang tahun lepas. cerita dah basi tapi better late than never kan?

aku dengan nabila plan tak sampai 2minggu kot. booked hotel. beli tiket keretapi. semuanya nampak sempurna. 

kitaorg pilih tiket pukul 11lebih malam kot. sbb dah plan, maknanya kitaorang ade masa daripada pagi untuk jalan2 penang. itu perancangan manusia. perancangan Allah lain ceritaNya.

aku dr pahang ke kl dulu, pergi rumah nabila dan rehat2. malamnya pergi KL SENTRAL. kitaorang smpai kl sentral awal jugak..maklumlaa excited nak pergi penang naik keretapi.

pergi dekat platform B. tangkap2 gambar.. aku cakap pada nabila.. "kita ni over excited pulak.. tetiba tertinggal train.. haha tak jadi g penang".. time tu aku melawak... jumpa idola dekat platform B. A Samad Said... tangkap gambar.. dia tanya nak kemana.. dengan yakinnye jawab "penang".."oo.. kat belah sana laa ye?" dengan tenang dia balas. aku tak ambik port sgt dia cakap.. still lagi tak percaya boleh jumpa dia. 

pukul 11.15 camtu, masa tengah buat laporan pada mak, pada ex-boyfriend.. dengar announcement utk train ke penang akan tiba sebentar saja lagi. so letak phone angkat beg... dan..................

pelik.. kenapa gate tak bukak2.. announcement kali terakhir tuk penumpang ke penang banyak kali repeat. kitaorang kata "ohh delay kot" tenang seperti biasa... tapi 5 minit lepastu  dah rasa tak sedap hati.. ajak nabila pegi tengok belah sana... dan yeee kitaorang salah platform.. sepatutnya kitaorang naik dekat platform A!!!! platform B untuk ke belah selatan sahaja. mati2 ingat paltform yg sama cuma escalator yang berbeza.

waktu tu memang macam drama.. berlari ke platform sebelah. turun tangga dekat platform A. ada orang yg baru ambik barang dari train kot. Dia kata "train baru je jalan 5 min yg lepas".. blur. naik atas macam tak tahu nak cakap kat sapa. entah macamana jumpa dengan staff KTM, dia kata boleh pg naik kat stesen yang lain.. tapi nak kena tunggu ketua stesen dapatkan maklumat dekat mana keretapi tu berada. nanti sia2 pulak kitaorang pergi.

perkara pertama terlintas dalam hati. "padan muka aku.. over excited!". melepak depan bilik ketua stesen. nak jadi cerita ketua stesen takde dekat office sbb settlekan hal keretapi yg delay nak ke selatan tu. aku dengan nabila ketawa je dengan apa yang jadi. ketawa sampai staff yang lalu pelik. itu yang aku suka bila ada masalah dengan nabila. kitaorang tahu macamana nak handle.err maksud aku kitaorang tahu untuk tenangkan hati masing2. walaupun nasib ke penang tak tahu lagi. :P

ketua stesen tu lammmmmmmbatttttt gile.. kitaorang sempat jumpa dgn staff lain. dia bagi cadangan tuk kejar ketapi tu. aku bohong sunat kata yang kitaorang kena naik gak ketapi ni.. hahah lepas tu dia dapat maklumat. dia kata boleh kejar ketapi tu kat IPOH!. dan cadangannya kitaorang naik teksi. disebabkan kitaorang memang blur. tak tahu nak buat apa. pergilah jugak tanya teksi nak ke ipoh berapa.. err mahal daripada tiket keretapi. lepas tu tak terjamin sebenarnya kitaorang dapat naik atau tak. 

fikir pro n kontra.. kitaorang cancel idea kejar keretapi tu. idea lain pulak. iaitu naik FLIGHT ke penang. hahahha idea gila. dah survey2 harga tix flight. dah plan nak ke lcct. tapi idea tu berlalu macam tu je. terlalu banyak benda kena fikir kalau naik flight. hahah lepas tu pergi semula ke pej ketua stesen.  Alhamdulillah, dia dah ada.. lepas buat muka sedih, kena ceramah kejap. dia tolong cek tiket.  tiket paling awal pukul 8.45 pagi.. waktu baru pukul 1 pagi kot. nak tak nak kitaorang terima. kalau tak trip ni tak menjadi la kan. hotel pun dah bayar. tu pun yang tinggal tiket katil. yang kerusi dah habis. so kitaorang kena tambah duit tu katil.

bila urusan tiket dah settle.. lega. tapi satu lagi masalah.. mana kitaorang nak lepak lama2 ni. nak balik umah nabila, memang tak lojik. nnti nak kena bangun awal2 lagi. tak sanggup kalau tertinggal lagi. kitaorang decide lepak dekat kl sentral je.

kitaorang naik train pukul 8.45 dan sampai penang pukul 4 petang. :D syukur. Alhamdulillah,

bila kita dengan kawan baik,,, bagilah 25 jam sekalipun.. tak pernah cukup. tak pernah rasa bosan. walaupun kadang2 cerita yg kita bualkan berulang2. itulah beza kawan baik dengan kawan biasakan?

pengalaman tertinggal train memang buat aku fobia. hehe.. tapi semua kuasa tuhankan? 

trip ke penang tu best. entri ni dah panjang sangat.. so kalau rajin esok aku sambung cerita dipenang pulak ok? 
dalam gerabak katil. tq en ketua stesen :P
bye.

Tuesday, August 28, 2012

amanah.

pasal duit jangan dibuat memain..

seposen dua.. blh jadi bermusuhan..

syukur aku punya adik beradik yg tidak gilakan duit.

cuma aku terfikir...

mampu atau tidak aku galas perkara paling berat sekali didunia??

iaitu.. amanah??

tapi bila difikir dalam2..

Allah takkan turunkan sesuatu pada aku..

kalau aku tak mampu..

:))

jadi.. yakinlah. aku mampu cuma aku kena berusaha mencari kekuatan.

selamat malam dunia sementara.

Tuesday, August 21, 2012

aku dan ijat yg umur baru 4 tahun.

ijat: makcik knp toki mati.
aku: umo dia dah smp.
ijat: ooo dia kerat tangan dia ye?
aku: isshh xlaa.. Allah ambik nyawa dia.
ijat: oo Allah dtg kg kita?
aku: xlaa. malaikat maut.
ijat: ooo mcmana kita nak tahu muke dia.
aku: xde sape tahu laa ijat..
ijat : oooo

perghh ijat baru umur 4 tahun.. soalan dia taknak plak lagi mencabar minda kan??

Friday, August 17, 2012

pengalaman pertama raya.

sedar tak sedar dah nak habis bulan puasa dah nak habis..

raya tahun ni berbeza2 pengalamannya bagi setiap orang,

ada yang pertama kali beraya sebagai kekasih hati seseorang.

ada yang pertama kali beraya dihadapan komputer kerana tuntutan kerja.

ada yang pertama kali beraya dengan kehadiran orang baru dalam family.

ada yang pertama kali beraya di rumah mak mertua.

ada yang pertama kali bersalaman dengan suami/isteri di pagi raya.

ada yang pertama kali beraya di rumah baru.

ada yang pertama kali beraya sebagai bapa/mak.

ada yang pertama kali beraya sebagai seorang yang baligh.

ada yang pertama kali beraya di kampung/bandar.

ada yang pertama kali beraya sebagai bapa/ibu saudara...

---------------

aku dan adik beradik pertama kali beraya tanpa ayah disisi
mak pertama kali beraya tanpa suami..
cucu-cucu mak pertama kali beraya tanpa to'ki.
anak2 sedara mak pertama kali beraya tanpa tok ayah.
orang kampung pertama kali beraya tanpa ayah long mubin.

doakan kami semua kuat. :)

Al - Fatihah.

19.8.2012 cukup sebulan ayah kembali kepada Maha Pencipta.

kadang2 aku rebah dalam rindu.. maklumlah aku manusia biasa.

tapi syukur aku masih punya mak, adik-beradik,akak abang ipar, 15 orang anak saudara dan sahabat2 yang sentiasa ada,,,

yang paling penting Allah tak pernah biarkan aku kesunyian tanpa kasih sayang dariNya.

mak dan ayah. cinta hati beta. :)



Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah,



siapa sangka..

Tuhan punya aturan...


kita punya angan-angan...

bertahun-tahun baru tuhan tunaikan..

tanpa kita minta...

kerana kita anggap itu angan-angan yang takkan terlaksana.

:))


Monday, August 6, 2012

aku adalah seorang kekasih yang sangat bosan untuk kau dekati.

seperti tajuk diatas..
aku betul2 maksudkannya..

aku seorang yang bosan untuk kau jadikan kekasih.

bila ditanya apa yang aku makan hari ni?
aku akan jawab.. "ayam"
esok.. soalan yang sama kau tanya..
jawapan aku tetap sama.. "ayam"
esok dan esok lagi.. jawapannya sama..

rutin harian aku sama..
tiada apa yang menarik untuk aku kongsikan..
kalau ada pun, keletah budak2 yang datang kedai.

bila ditanya mengenai hati..
sumpah aku tak mampu jawab selagi belum sah.

prinsip aku satu. "kata2 bukan mainan"
jadi jangan ucap kalau sekadar pemanis mulut..

cukup kau tahu.
aku bahagia dengan hidup sederhana dekat kampung..
mak. adik beradik.boleh ziarah kubur arwah ayah bila2 masa.

hidup aku sekarang hanya mak.
dan mencari redha Allah.

jika kau masih lagi mahu mendekati..
bersedialah masuk ke dunia aku.
tapi jangan sesekali merungut.
aku adalah perempuan bosan.

kerana aku sedikit pun tidak berasa begitu.

:))

Wednesday, July 18, 2012

kekadang tertanya2.. apa makna hidup aku pada orang lain?


bawak bahagia atau sekadar datang jadi peneman..

Monday, July 9, 2012

dalam hidup aku... setakat hari ni. ada dua kekuasaan Allah yang betul2 terjadi pada aku.

pertama.. masa FYP.. aku sebenarnya dah buntu.. dateline presentation nak dekat.. masa tu tiap2 hari berdoa.. dalam doa aku.. aku sebut betul tarikh bila aku nak settlekan FYP tu.. dan Allah Maha Mendengar... keajaiban yang tak disangka berlaku pada aku dengan nabila... subhanallah.

dan kali kedua hari ni.. aku ada meeting di temerloh.. dan meeting tu habis dalam pukul 6ptg... habis meeting pg makan dengan jaja.. n beli barang rumah sikit.. dalam pukul 7.30 gerak balik. aku sorang je... keluar je dari bandar temerloh. hujan lebat mencurah2.. jalan gelap. air penuh jalan.. masa kereta banyak aku cuma follow kereta depan. sampai satu tempat.. dah xde kereta.. hujan lebat lagi. air penuh atas jalan. gelap. memang tak nampak jalan. kereta aku dah kekiri dan kanan.. air banyak sangat..berselisih dengan lori yang banyak. jalan kiri kanan hutan dan ada tempat bergaung..

tuhan je yang tahu apa perasan aku.. aku jerit sekuat hati nama Allah.. sampai nangis2 sbb takut sangat.. last2 aku doa "Ya Allah, reda kan lah hujan ni.. sesungguhnya hanya Kau yang berhak. Aku x mampu lagi. permudahkan perjalanan balikku"

dan...

lepas aku berhenti berdoa.. hujan reda.. bayangkan daripada langsung x nampak jalan.. tiba2 hujan reda macam tu je.. renyai2.. jalan jadi cerah.. air atas jalan dah berkurang.. subhanallah... kuasa tuhan sungguh...

bila sampai rumah aku betul2 bersyukur.. sebab nyawa aku tadi macam telur dihujung tanduk.. satu jam yang mendebarkan.

terima kasih Allah.

Tuesday, July 3, 2012

dear future hamidah,

jika musibah datang berganda-ganda  kepada kamu,
ingatlah...

ada lagi orang yang jauh lagi banyak musibahnya..

jika kamu bangga dengan harta yang kamu ada sekarang,
ingatlah..

ada lagi orang yang jauh lebih berharta dari kamu...


jangan bersedih....

Allah sentiasa ada untuk kamu. :)


from;
urself
04/07/2012

Saturday, June 30, 2012

mungkin aku belum cukup beri apa yang Allah mahu..


sedangkan Allah... beri lebih dari apa yang aku minta...


sekali ujian datang... beribu kali aku menangis..

sedang..

beribu kali nikmat Allah beri..

berapa kali sahaja aku syukuri?

Thursday, June 21, 2012

ini kedai runcit saya.

simple.

dengan niat memudahkan orang kampung dapatkan barang2 keperluan.

doakan perniagaan saya sentiasa dimurahkan rezeki.

doakan saya selalu fokus. tak mudah tersasar.

dan paling penting.. doakan saya bertahan jika ujian datang bertimpa.

Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya.

:))

Wednesday, May 30, 2012

anak dara ayah.....

setahun yang lepas, aku asyik tanya dengan diri sendiri... kenapa aku?? bukan adik beradik yang lain. kenapa bukan adik beradik yang lain.

sekarang, aku tak jumpa lagi jawapan dia. tapi aku percaya setiap perkara berlaku ada sebab. dan semua sebab tu samaada baik atau buruk ada hikmah. tak nampak sekarang mungkin 10 tahun akan datang. :)

terus terang aku katakan.. aku suka semuanya tentang kampung ni. mana ada orang yang tak suka kampung sendirikan? tapi bila kau tahu yang kau akan habiskan seluruh masa kau dikampung.. atau mungkin sampai mati. kau akan tahu apa yang aku rasa. suka dia tahap berbeza. ada orang suka balik kampung sekali sekala. tapi yang ni, suka untuk terus berada dikampung. tanpa terfikir sedikit pun untuk keluar.

kampung aku bukanlah kampung yang popular, atau ada sesuatu yang istimewa pun. kalau pusing setengah jam dah habis round satu kampung. tu pun dengan kelajuan motor 80/km. kampung aku terlalu banyak drama. yaaa macam dalam tv tu. ahli mesyuarat tingkap laa.. jiran bergaduh laa.. ok part drama2 ni aku kurang berkenan. tapi macam yang akak aku pernah cakap. " nak duduk kat kg ni secara aman, simple je.. jangan terlalu ambik tahu hal orang". yelaa kalau sampai hal dalam kelambu pun orang nak ambik tahu tu memang melampau la kan?

aku selalu terbayangkan kehidupan aku 10 tahun akan datang (InsyaAllah kalau Allah panjangkan usia). macamana aku waktu tu. berlari2 dengan anak2? bergosip tepi pokok bunga? bercucuk tanam? semua benda2 yang tipikal orang kampung ni buat. mungkin aku over-thinking tapi berangan tak kena bayarkan? :P

ada satu perkara yang merungsingkan kepala aku, sebagai adik bongsu dan yang terakhir belum kawin + yang akan duduk dikampung sahaja. adik beradik aku selalu cakap, yang aku kena cari jodoh dekat je. yang kena bersedia untuk duduk dikampung. erk.. perkara tu buat aku telan air liur. aku tahu aku sedang bermain api. apa akan terjadi kalau satu hari nanti keluarga aku akan halang? akan tak setuju?? sebab tu sampai sekarang aku tak berani bukak mulut. lagipun aku bukan jenis bercerita pada family.

dulu aku pernah bayangkan satu family yang akan hidup aman damai dikampung. tapi nampaknya angan2 tu dah lama berkubur. sekarang yang aku tahu, aku kena hadapi realiti. semoga aku punya kekuatan. :)

ok lah see u. bye. :) 

Tuesday, May 15, 2012

Burger Bakar & Burger YB


Entri kali ni aku nak bercerita pasal burger,,, dekat kolumpo sekarang kecoh pasal burger2 yang unik dan semestinya sedappppppppp.... Burger Bakar Kaw Kaw dan Burger YB yang dua2nya guna sistem order kena ambik nombor dan beratur panjang. :P

mula2 sekali pasal burger bakar... Pertama kali nak cuba burger bakar tu, aku dengan nabila terpaksa surrender. kitaorang pergi dah pukul 8 malam.. dan no giliran dah ke angka 100 lebih... so kitaorang makan dekat NZ kecik je.

Ok percubaan kali kedua, kali ni perancangan rapi dah dibuat. kosongkan jadual ari jumaat. turun2 je aku dari bas.. aku g pesta buku dulu, jumpa bell dalam pukul 3 lebih.. makan alas perut dulu dekat ice room sbb tahu nanti burger tu dapat makan lambat. dalam pukul 5 lbih baru gerak ke stall burger bakar wangsa maju. xcited sikit sebab ingatkan datang awal akan dapat nombor 1. rupe2nye silap. dalam pukul 5.30 dah ade dalam 10 orang beratur, (duduk atas kerusi merah, bagus owner die letak kerusi.)


 muka gigih dua orang perempuan yang mengidam burger bakar. :P


ini adalah mereka2 yang datang awal. tertanya2 pukul berapa yang org 1st tu datang. nampak mamat rambut kembang tu? dia surrender di saat2 akhir.


dalam pukul 6 dah ramai yang beratur kat belakang. owner dia tulis kat board.. "order mula diambil pukul 7.30" orang datang berpusu2... tetap tegar beratur... bila kerusi habis, terpaksa berdiri. tapi tetap gigih. 
kitaorang dapat no 6. yeay!! excited ok. bila order dah mula diambil, dapat tengok macam2 gelagat. memang menguji kesabaran, haha saat2 akhir aku macam dah hilang pertimbangan. heh. yang kelakarnya ada couple ni berniat nak potong barisan.. memang sangat tak munasabah,,, tapi dengan jelingan aku dan bell.. couple tu kebelakang.. tapi still aku rase die memotong barisan. burger bakar punye pasal hilang sifat2 terpuji. kitaorang dapat burger dalam pukul 8 kot camtu.. awal laa jugakkan sebab dah dtg awal.. dia dah prepare banyak2 patty untuk batch awal. apa yang aku dapat buat konklusi disini.. sape datang awal pun still kena tunggu 2 jam.. datang lambat pun sama jugak, so owner dia seorang yang adil dan tegas. heh disebabkan dia memang tak layan sape2 yang cuba dapatkan order awal. hehe
 
menu dipegang dari awal.. hehe sebab nak fikir lama2 apa yang nak di order. heheh
 
nampak tak board tu? board tu penting nak tahu maklumat. :)
masa beratur panjang ni pun sebenarnya boleh cari kawan, borak2 ngan orang belakang depan kita,, kalau kita bosan. :P

nampak tak kegemukkan burger ni?? yummmsss rasa dia best,, berbaloi tunggu 2 jam.. hehe
meja sebelah kitaorang makan yg tower tinggi tu, lepas tu gaduh nak roti burger tu. :P
 
 
ok sekarang pengalaman Burger YB shah alam pulak. aku tahu pasal burger ni bila ramai yang post pasal burger yang besarrrrrrrrrrrrrrrrr ni. tapi tak terniat nak pergi sebab jauh sampai ke shah alam. tapi macam pepatah kata. pucuk dicita ulam mendatang. Ejoy ajak pergi try burger YB. senyum sampai telinga la aku. hehe lepas kelas hari sabtu. ejoy amik dekat uniten lepas tu terus ke shah alam. tapi yang tak bestnye sebab BBS tak boleh join. ok silap aku sebab failed geografi. aku ingat shah alam tu area2 serdang je. :P 


memandangkan talifon aku takde GPS,, hanya berpandukan google map je.. banyak kali tersalah simpang nak masuk dekat medan selera tu.  dah sampai dekat medan selera seksyen 7.. tapi silap jalan rupanya.. cari lagi.. dugaan sungguh nak cuba burger YB ni. pukul 6.45 kitaorg sampai dah ade yg beratur. pendek je barisan dia. ingatkan tu jela org yg beratur.. rupanya silap.. dah ramai yang ambik order. :P.

jangan tertipu dengan orang beratur ni, nampak sikit.. tapi.... ???

yeay.. happy dapat no.40. hehe lepas order diambik boleh g jalan2 sebenarnye, sbb diaorg suruh tinggalkan no phone. tapi kitaorang memilih nak lepak kat situ je.. + surau pun ade dekat medan selera tu.

 dalam menu ada macam2 tapi diaorang hanya buat yang tiga ni je dah. maybe dah tak sempat nak ambik order.

 disebabkan kitaorang duduk dekat meja depan kedai YB ni,, asyik duk tengok je pekerja2 dia hantar order pada customer,, memang menguji kesabaran bila sedar lambat lagi turn no 40. :P

 dalam pukul 8 lebih kot, order diaorang dah ditutup!! harap maklum. hanya order untuk esok harinya sahaja diambik. order untuk hari isnin pun boleh, gilakan??? 
ramai gile famili yang kecewa... nasib baik kitaorang sampai awal sikit. :)
 
 mula2 kitaorang order yang 250g x2 tapi aku suruh buat 500g x1 sebab nak ambik gambar, hehe
kalau 250g tu macam beger bakar kaw2 je. 

kitaorang order makan situ dan bungkus.. sistem dia sama je dengan burger bakar.. yang bungkus akan dapat lambat sikit. tapi beger YB ni lagi lambat dapat yang bungkus,,, memandangkan ramai yang bungkus. ramai yang order dari sms n email. kalau tak silap... bila dah menunggu lama tu baru terfikir.. apsal laa bengap sangat tak order sms je masa dalam kelas.. duk laa asyik google pasal beger YB je. heh. 

 Patty dia memang besar,, so berbaloi dengan harga.. ramai famili yang datang.. makan anak beranak... 
memang super kenyang. hehe esoknya memang aku tak larat nak pandang daging lagi. 
tapi patty beger bakar lagi ummppphh memang sebab dia masak atas grill kot. 

aku pun tak sangka, gambar  ni aku happy bebenor. heheh 
macam potong kek pun ade. :P

pukul 10 malam macam tu kitaorang gerak balik... lama gila duk kat medan selera tu. Alhamdulillah perut kenyang dan suka hati. :))


daripada 2 pengalaman pasal burger ni... aku rasa orang malaysia memang suka makan benda2 yang jadi sebutan ramai,,, bukan semua orang sanggup beratur 2-3 jam semata2 sebab burger. berlambak2 stall burger tepi jalan... tapi kalau tak unik orang tak cari. itu aku rasa uniknya orang malaysia.dan aku percaya bila kita kreatif dan bijak pelanggan akan cari kita,, jadi tak perlu tamak. :)

p/s : seronok sebenarnya,,, borak2 dengan soulmates sementara tunggu burger siap. :D 

1-burger bakar aku pergi dengan nabila,, yang dah tentu2 teman sejiwa yang tak pernah bosan berbual.
2-burger YB aku pergi dengan ejoy....insyaAllah akan menjadi teman berbual aku sampai ke tua. :D



Wednesday, May 2, 2012

oomaaaiiiiiiiiiii... blogger dah bertukar wajah... pening....

Alhamdulillah... kedai runcit kecil-kecilan aku dah bukak.. penuh dugaan nak bukak kedai tu. terlalu banyak pengalaman nak diceritakan.. tapi bukanlah sekarang aku nak menulis.. mungkin satu hari nanti. :)


ok bai. :) nak peningkan kepala dengan buat kira2 jap.

Monday, April 9, 2012

minggu ketiga...

1- Alhamdulillah.. dah lepas minggu ketiga SME@Uni. :) Pergi ke Kolumpo pagi jumaat dengan cik Shera. beliau ada hal di kolumpo. jadi bertemanlah aku minggu ni.




2- pergi ke Sogo dulu, tunggu cik Nabila yang kononnya teringin nak makan McD. berpanas di Jalan TAR.. cari baju kawen cik Nazi. kononnya BBS nak pakai sama colour. nasib baik jumpa yang murah dan cantik. borak2 sambil jalan. kecewa bila tekak teringin desserts dekat food court maju junction.. rupenya food court tu dah tak se-meriah dulu. :(




3- Tidur di UPM, kali ni paling mencabar. sakit kepala akibat kafein + nyamuk menyerang secara berjemaah. langsung mata tak lelap. nasib baik tak mengantuk time kursus. Hero time belajar, Sarjen tolong hantar pagi2 ke IOI Palm Garden. Makanan dekat situ memang superb. :)



4-Minggu ni modul khas. Bussiness Champion!!. ada presentation, beria cuak.. nasib baik aku tak sempat present.. hehe. coursemate pun bertambah ramai. :P



5-Habis kursus buat keputusan nak balik terus ke pahang. konon2 merajuk. :P last2 tidur setiawangsa. rumah sepupu cik Shera. :)



InsyaAllah hari jumaat kita jumpa lagi, Kuala Lumpur. :)

Wednesday, April 4, 2012

minggu kedua...

1- Alhamdulillah. sedar tak sedar dah lepas minggu kedua SME@Uni... macam biasa banyak ilmu dapat.

2- masa nak pergi UPM berkenalan dengan budak asli yang baru masuk islam. MasyaAllah. comel sangat.. berbual2 dengan dia sampai ke kolumpo. 1st time aku tak tido dalam bas..


zaini.. orang asli yang baru 2 bulan masuk islam.

3- sampai awal di kolumpo.. chit-chat ngan bell sekejap smpai pukul 5... kekasih hati datang menjemput,,, ngedate dalam jam kuala lumpur. makan2 pastu terus ke UPM. hariii yang panjang tapi seronok...

kasut buy 1 free 1

4- kelas semuanya ok. tapi tak tahu kenapa.. kepala asyik berangan... haih.. melayang2 rasanya..

5- balik naik teksi yang murah gile.. sepanjang 3 tahun belajar.. tak pernah jumpa teksi murah cam gitu.. Alhamdulillah. jumpa BBS.. chit-chat dekat tutti frutti sambung terus ke SS 2 Murni. sebenarnya plan nak ke maskara.. tapi update cerita dengan BBS lagi penting. :)



spageti ciken copppppp..

6- balik dari umah dila..tq dila, :) fuhhhhhh ari ahad.. beratur beli tiket macam nak balik raya. naik bas ke temerloh dan noro ambik.. rasmikan GSC Lite dekat Star Mall mentakab... tengok movie Mirror Mirror. heroin yang comel. :)



jumpa lagi untuk cerita minggu depan. :P

Thursday, March 29, 2012

random update

Dalam hidup ni aku selalu percaya, apa yang berlaku itulah ketentuanNya. malas nak complain sana sini. selalunya kalau tersalah langkah pun aku buat dekk je.. mungkin 10 atau 20 tahun akan nampak hikmah dia. siapa tahu kan? lagi mudah prinsip aku pegang.. kalau hari ni ada sesuatu yang tak best jadi.. minggu depan mesti semua orang dah boleh lupa apa benda yang tak best tu. nampak sangat macam malas nak fikir dalam2.. malas nak peningkan kepala. :)


sedar tak sedar dah nak habis bulan mac.. cepat betul masa sekarang ni. nampak sangat semua orang tengah berlumba2 untuk hidup yang berjaya, sempurna. cewah.. bercakap pasal hidup yang berjayani. sekarang tengah ikut program SME@university.. program ni anjuran SME Corp.. nak tahu lebih lanjut sila laa google. kita boleh pilih Universiti mana yang terlibat. bila aku tengok UPM pun ada terlibat, cepat2 isi borang.. sebenarnya leceh jugak nak mintak program ni. kena ada penyata kewangan yang dah siap audit. bab tu aku lemah sikit. sebab nak dalam waktu singkat.. tapi nasib baik en anuar, yang buat audit kewangan tu baik hati. sanggup siapkan cepat. sampai ke malam. memang mencabar sebenarnya.. aku hantar borang tu pun hari last. wakil TM pun ada cakap dengan aku, jangan berharap.. kalau tak cuba lagi tahun depan...

so aku tak kisah la kan.. rupanya.. aku terpilih jugak. Alhamdulillah. aku percaya kenapa aku terpilih sekarang ada gunanya. ewahh... program ni berjalan selama 3 bulan.. kelas dia setiap sabtu.. memang penat sikit nak ulang alik ke KL. naik bas, LRT, komuter.. tapi aku yang nak jalan macam ni kan? aku tak cakap yang bila aku join program ni.. automatik hidup aku berjaya,, no!! jauh sekali. mungkin ini salah satu langkah yang patut aku cuba kan??

sebenarnya kelas dia baru start minggu lepas. makan disediakan. so tak merungut laa susah nak keluar makan tengahari. penceramah2 dia semua yang berpengalaman. kelas tu ada macam2 background bisnes. aku je yang paling kecik bisnesnya.. dan paling muda. memang terasa rendah diri.. majoriti bercakap guna bahasa omputih. bukan tak faham.. cuma aku nak bercakap tu yang lambat sikit. tapi aku peduli apa. hehe tapi aku memang kagum dengan semua peserta, dah berjaya tapi still lagi nak ilmu.. chinese pun ada. diaorang memang tak segan nak dapatkan ilmu tu. tu yang buat aku bersemangat. terus terang aku katakan.. 2 jam pertama aku memang ternganga je dengar penceramah tu cakap. hehe.

macam tak percaya pun ada. semoga aku gunakan peluang ni sebaik-baiknya.. taknak fikir penat.. nak fikir seronok je. :P lagipun aku memang perlukan guide untuk run bisnes ayah aku ni. besar harapan ayah pada aku. (cewah perasan) . aku takut kalau takde basic bisnes. ibarat macam kita memasak,samada yakin untuk dihidangkan atau makan sendiri saje. aku percaya ini yang ALLAH setuju untuk hidup aku setakat ni.

mari menuju kejayaan!!!

Wednesday, March 28, 2012

cinta

pendapat peribadi aku mengenai cinta.................... hmmm cinta sebenarnya adalah sesuatu yang pelik. aku bercakap mengenai cinta sesama manusia. cinta kita dengan tuhan kita memang wajib cari. ok berbalik pada cinta sesama manusia. terus terang aku katakan umur dah menjangkau 28 tahun bulan 12 ni, aku masih lagi takut dengan istilah tu..

nak kata aku ada pengalaman buruk dalam bercinta.. tidak!. semua x boyfriend aku dulu baik2 saje. takdelaa buat aku nightmare.. cuma masalah aku sekarang ni adalah dengan diri aku sendiri.. bertahun aku kosongkan hati. cewah.. rupanya tetap sama.. aku tetap macam dulu.. nak kata aku darah gemuruh.. takde pulak aku tergagap2 bila bercakap.. aku cakap.. cuma aku lebih banyak diam...

aku lebih suka mendengar.. aku lebih suka perasaan sunyi.. sebenarnya benda ni jadi bila aku dengan someone yang aku anggap istimewa dalam hati aku. kalau dengan kawan2 baik lelaki banyak je aku bercakap.. banyak je aku bebel2. tapi entah laa.. aku marah dengan diri aku sendiri.. boleh buat orang salah faham.. boleh buat orang fikir bukan2...

bukan aku tak berusaha untuk berubah,, aku cuba.. aku masih lagi dianggap macam "takde mood" bila keluar dating. sumpah dalam hati aku suka gile. aku happy. tapi itulah.. aku tak pandai nak bagi ekpresi suka tu. aku pelik or complicated ke kalau macam ni?? :|



p/s : untuk awak,, sorry kalau awk terasa macam bercakap dengan kereta.

Monday, March 12, 2012

random.

1. sedih dengan dunia makin kejam.

2. busy ke sana sini.. tapi duit tetap tak menyimpan. :(

3. rindu nikmat jadi penumpang kereta.

4. sedar tak sedar dah masuk 3 bulan.. kitaorg kenal. :)

5. risau bulan 6.. kontrak telekom tamat. banyak benda nak kena settlekan. :|

6. rasa best pulak tgk orang buat persiapan kawen. sendiri punya entah bila. :P

oklaa.... ringkas je entri. aku still lagi minat menulis.. tapi twitter & facebook dah rampas dunia blog aku.. urghhh..

bye.

Friday, February 24, 2012

:(

Awan kelabu berarak perlahan2..
Menitiskan satu persatu
hingga basah bumi tuhan..

Masih terlalu gelap..
Tiada cahaya...
Tiada petunjuk jalan..

Mungkin lari ke dunia fantasi..
Tinggalkan dunia realiti..
Supaya bisa ditenangkan hati..

Saturday, February 11, 2012

kau menjadi sebab aku makin benci dengan politik...


oh yee nak tahu kenapa?

sebab kau je yg aku kenal sebagai orang politik.

kau tak sedar agaknya aku bawak kebaikan...

masih tak faham kenapa kau tergugat dengan aku yang berumur 28 tahun ni.

bukan aku nak bawak sepanduk kesana sini.. sambil jerit "undilah aku"..

aku tak minat pun. kau ambik laa apa yang kau nak.

cukup jangan kau kacau keluarga aku.
cukup kau tahu.. aku cuma mahu mak ayah aku gembira.

aku harap kau faham.. wahai pemerintah.

p/s: gbr ayah dekat kolam apak meri.. tempat feveret ayah. :)

Wednesday, February 1, 2012

entri serius.. hati2 ye kawan2.

sekali lagi aku x update entri 2011.. dah masuk bulan 2. kita lupakan dulu..

entri kali ni aku nak cerita pasal kejadian pagi tadi. penting untuk aku berkongsi dengan semua. biar semua ambik tahu.

pagi tadi aku dapat berita kereta sepupu aku hilang. dalam pukul 4 pagi macam tu. kisahnya macam ni.. pencuri tu cuba masuk rumah dia. tapi tak sempat masuk.. dia cuma bukak tingkap.. dan beg tangan sepupu aku dekat dgn tingkap tu.. pencuri tu cuma capai dari tingkap je..

dan nak di jadikan cerita.. kunci kereta ada dalam beg tersebut.. sepupu aku sedar bila dengar kereta dah kena bawak lari. tapi sepupu aku terus buat report polis.. dan kitaorg dekat sini ada yg buat solat hajat..

memang ingatkan harapan nak jumpa tipis.. rupanya tak. kereta tu jumpa tapi dah kena bakar. tak tahu apa motif kereta tu kena bakar. aku pun bingung. semua org bingung. enjin dia tak ambik pun..

cuma kat sini aku nak ingatkan.. selagi kita boleh berjaga - jaga jangan bagi perkara tak elok berlaku. semuanya Allah dah tentukan..

beg tangan tu kalau boleh jadi kawan baik kita. tidur pun bawak. pintu rumah kena betul terjamin.. nak2 pulak duduk rumah sewa..

mak aku pulak.. berpendapat ada unsur khianat.. wallahualam..

Monday, January 9, 2012

ok aku mungkir janji lagi nak tulis entri 2011.. aku akan tulis tapi lambat atau cepat je.. hehe so sabar ok?

malam ni aku borak dengan kawan lama. sama2 kerja dalam satu organisasi dulu.. tiba2 terborak pasal kau. rupanya kisah kau dah ramai yang tahu. tapi aku rasa versinya berlainan. aku tak kisah apa2 pun versinya. aku dapat rasa ramai yang kecewa dan simpati dengan kau. sebab kau pandai tapi kau sia2 kan apa yang ada.

terus terang aku kata kan. memang susah untuk aku maafkan kau. malah aku tak tahu macamana nak react kalau kau dan aku bertembung. sebenarnya aku nak tahu satu je. kenapa kau buat semua ni. ye aku rasa macam kena tikam pun ada sakitnya.

tapi bila berbual dengan kawan lama tadi. dia ada sebut pasal memaafkan. dia kata siapa kita untuk tak bagi kau peluang kedua. bila aku fikir balik. aku memang suka cakap "siapa kita untuk mengadili seseorang" sedar tak sedar ayat ni makan tuan sendiri. yee siapa aku nak adili kesilapan yang kau dah buat.

seharusnya aku sedar setiap orang buat silap. dan serentak dengan masa berjalan.. kesilapan tu makin lama makin pudar. dan semua orang berhak untuk tidak bercakap mengenai hal itu lagi. masa makin cepat berjalan. dan kita semua tak tahu bila waktunya masa kita akan terhenti.

mungkin tahun 2012 ni, kita boleh duduk lepak2 dan update pasal life masing2. mungkin.
oh ini macam surat terbuka, sekiranya kau baca entri ni. aku dah maafkan kau. cuma aku tertanya-tanya kenapa dan mengapa. mungkin satu hari nanti aku dah tak mengharapkan jawapan..

Wednesday, January 4, 2012



sebenarnya aku nak buat entri sepanjang tahun 2011. tapi tak sempat lagi. sabar yee kawan2 sekalian.

macam dah lama tak menulis secara relaks... maknanya taip saje apa yang rasa nak bagitahu. life sekarang ok2 saje. Alhamdulillah..dengan semua rezeki. entahlaa sebenarnya ada lagi sikap buruk aku yang susah nak kikis. huuuuuu.. banyak tido. aku rasa ni dah jadi masalah. penyelesaian dia aku kena kerja dekat luar. tak boleh duduk dalam rumah.. sebab bila aku rasa bosan je dengan keje. aku masuk bilik. tak masuk bilik pun aku tido atas kerusi. yang pasti tetap tido.

sebab tu aku semangat nak bukak kedai cepat. biar aku ada rasa tanggungjawab sikit nak bukak kedai. InsyaAllah. semoga kedai tu bukak ikut target aku. pasal kedai tu pulak, sekarang dalam proses buat rak.. erk sebenarnya aku terlebih order rak. aku terlupa yang aku kena isi benda lain lagi dekat kedai tu. tapi nasib baik akak aku kenal dengan tukang tu, so mintak dia kurangkan. harap2 boleh. kalau tak kena susun semula pelan kedai. itu pun aku ingat sebelum tido semalam. macam kes aku lupa order pasir selori tu jugak.. so ade hikmah jugak aku banyak tido kan? sebelum tido pikir. so banyak kali tido. banyak kali pikir. heh.

aku sedar yang aku bukanlah perancang hebat, aku lagi suka buat kerja yang spontan. tapi tak semua yang kita suka tu akan terjadi pada kita kan? dah tertulis kan,, kemungkinan apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. macam tu jugak dalam jodoh kan? mungkin ada satu perkara yang kita tak suka pasal dia. tapi ada 10 perkara yang buat kita tersenyum bila ingat pasal dia. Wallahualam. semuanya kerja tuhan.

hari ni ayah demam. panas sangat badan dia. hati dah mula risau. sakit lama dia datang balik. tak larat nak berjalan, semuanya atas katil je. tapi aku pura2 jadi kuat. buat kerja macam biasa, taknak ayah risau. taknak aku patah semangat. ayah cuma demam je. semoga demam ayah baik cepat. aku risau tapi kena kuatkan?

ok jumpa lagi. insyaAllah entri 2011 pulak. love u. :)