aku baru lepas tengok filem pendek dr kak adik.. aku x kenal rapat ngan dia.. tapi aku kenal dia..
hmm tu bukan cerita nya.. yaa,, memang betul hidup ni bukan macam yang kita rancang sebab kita bukan penentu hidup kita.. semua orang akan bagi nasihat macam tu.. kita cuma mampu tersenyum dan menangis apabila hidup kita mula terbentuk... pada mulanya aku hanya mahu menjadi manusia yang biasa.. memerhati senario kehidupan dr jauh.. namun aku berfikir.. kenapa tidak aku melakukan sesuatu yang aku mampu.. melangkah ke dunia kampus walaupun rakan seperjuangan aku dah pun habis waktu belajar mereka.. itu bagi aku bukan halangan.. selagi aku mampu selagi itu aku akan belajar.. bukan setakat menelaah buku-buku komputer tetapi perkara yang berlaku setiap hari.. aku ingat lagi aku memang minat teater dan aku masuk audition untuk MALAM TUNAS BUDAYA.. aku katakan yang teater ni boleh wat aku meng"explore" diri aku.. menjadi seseorang yang mampu menyuarakan sesuatu dengan lantang.. tanpa berselindung sedikit pun...
bak kata en mozahid "dengan teater kamu boleh luahkan apa yang kamu tak puas hati"
bagi aku maksudnya kita lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa ketidakpuasan hati... kerana kita bukan sesiapa yang mampu mengubah arus perdana.. bukan nya cara seperti melaungkan kata-kata reformasi.. cara begitu seperti lalang.. mengikut telunjuk orang yang berkuasa akhirnya kita yang terperangkap,,,
tapi aku masih lagi bertatih.. kerana aku takut untuk merebut peluang yang dahulu.. aku masih lagi tercari-cari haluan dalam bidang ni.. kalau aku bukan dalam bidang ini sekalipun aku tetap akan berkarya dengan cara aku sendiri.. biarpun yang menghayati karya-karya aku hanyalah kawan-kawan rapat aku...
1 comment:
hye there..kamu yg jadi mantra ke?? :) thanks menyinggah ke blog akak..thanks sudi menonton short film kami..congrats 4 arca..u got the talent..take care!! :)
Post a Comment