Friday, May 30, 2008

apa yang dia fikir...

anak sedara aku suka bercerita tentang apa saja pada aku.. mungkin sebab aku makcik dia yang paling muda.. dan aku slalu dengar dan bagi komen...
ada satu cerita yang buat aku terfikir... dan aku mahu kongsi cerita ni dengan sesaper saja..

"makcik, nak tau abg izul nak g oversea.." angah menceritakan hal adik dia.. izul..

"ngaper?" aku tanyer.. maybe dia nak melancong..aku mmbuat persepsi sebelum tahu kesudahan cerita..

"mama tanya, nak pergi mana" anak sedara aku terus bercerita..

"abg izul kate vietnam.... dia nak tengok PEPERANGAN" dia menamatkan cerita dan aku tergelak kecil sambil tergamam,

aku betul2 terfikir, kenapa izul yang baru berumur 10 tahun nak tengok peperangan!!!...
aman sangat ker Malaysia??/

mungkin dia mahu rasa apa itu keperitan, susah, dan bagaimana kanak2 seumur dengannya memperjuangkan sesuatu untuk meneruskan hidup..

dan aku pun tak mampu untuk berfikir sebegitu...

p/s: sudut pemikiran kanak-kanak tak same dengan kita yang kononnya dewasa dan matang..
aku suka bila main sambung perkataan dengan anak2 sedara.. mereke mangagumkan aku..

Wednesday, May 28, 2008

cuti..secuti...cutinyer..

cuti aku yang singkat lagi pendek..
semestinya aku nak betul2 cuti..
cuti maknenyer:
aku bleh bangun suka2 ati..
takyah makan..
dgr gosip...
mandi sungai..
jaga kanak2 riang..
boleh kawal emosi..
update blog tiap2 hari..
tak yah msg dia..dan sesaper..
pg kenduri kawin..
dan.. lagi..lagi...dan lagi...
aktiviti aku takkan same tiap2 hari..
sebab aku tengah bercuti,,,
p/s: pic ke tempat binatang yang jinak dan baik hati..

en.beruang :"eh, manusia leh tlg aku cr anai2?"

en.rusa : "kenapa akak comel tu? nak nanyi lagu negaraku ker?

en.rusa : "rusa2 sekalian, jom serang makcik ni...SERANG!!!"

en.ostrich : " aku taknak makan daun laa.."
pasangan romantik: "die nak makan Pizza Hut,,"

en.rusa: "argghhh makan budak!!!"
budak kecik: "aku tak takutlaaa..."

en.rusa: "kawanku sekalian, jangan jeles awek cun bagi aku makan.."
"yummy.."

en.gajah: "aku ni makin besar ker, manusia yang naik atas aku ni kecik sangat..??"
"confius,,"

en. gajah : "ahh tolong..de manusia tangkap gambar bontot aku..."

en. yang duduk depan skali: "pegang kuat2.. kita nak pergi merempit ni"




terima kasih pada encik dan cik yang bekerja di Kuala Gandah n Deerland..
kan bagus kalau kita boleh dengar bicara hati binatang..

Tuesday, May 27, 2008

bila aku kebusanan...

pic ini tiada kena mengena dengan entri dibawah



otak aku mula menerawang ke pelusuk2 yang tak sepatutnya.. pergi kepada kehidupan lepas... kehidupan sekarang... kehidupan 10 tahun yang akan datang(tu pun kalau sempat)...

bertemankan bunyi2 kipas n nyamuk kat kampung yang aman damai.. otak aku betul2 dah letih, sampai aku dah tak tau nak rehatkan otak aku macamana.. haaa menulis!!!! idea yang bijak..

tapi pasal apa? pasal anak sedara aku main basikal petang tadi?... bukan topik yang menarik.. pasal kawan aku bertambah sedih sedangkan dia ada suami untuk dengar rintihan dia?.. bukan!!

pasal rutin harian aku??..jangan sesekali... pasal warung abc jiran aku yang kadang best, kadang2 kureng??? sape yg nak tau pasal tu...
arghhh,,, idea,,,, kualiti... pasal talkshow OPRAH tribute to king ____(aku lupa nama dia) yang aku tgk siang tadi.. hebat dia tu.. memperjuangkan kebebasan Negro.."Saya ada impian"...tu ucapan dia yang di dengar oleh 200,000 rakyat Amerika.. tu yang Oprah cakap..

mungkin betul kot... tapi takkan nak tulis pasal impian??? lain kali laa.. nak tulis pasal perjuangan dia?? baik tulis pasal perjuangan bangsa sendiri.. tapi siapa???

bagus jugak aku tulis pasal isu kekeluargaan.. cam politik plak... kalau tulis pasal cinta aku?? aku yang bosan...sbb malas nak pikir.. tulis pasal persiapan kawan aku yang nak kawin??? nantilaa..
haaa!!! pasal aku rasa terhina sbb baik aku memperkotak katikkan jiwa dan raga aku?? aku rasa tak patutla.. nanti basah laptop aku dengan air yang tak diundang dari mata n hidung aku...

blur... blur... blur...
mungkin esok idea datang.. yaa rombongan pelajar PASTI HASSAN AL-BANNA..
keluarga aku akan ikut rombongan.. aku pun.. waa kembali ke dunia yang lepas...




Monday, May 26, 2008

dunia yang berputar..


tengok kiri...kanan...
apa yang nak wat kat kg ekk..

ramai gak dalam LRT..

"hello dek.. balik bila?" mak..

"nak blik r ni mak? kenapa?" aku..

"long sruh jaga izat, dia ade kj" mak...

hmm dah dapat tugasan..



"awak blk lambat sgt, kalau tak kakctah sruh jg rais" mak..

"oo kan dek midah de kj lagi" aku..


terlepas tugasan..

perbincangan tamat..

terkejar ke Pekeliling..

yes tiket ade..


"eh, adek.. esok balik ker?" ngah..

"takla cuti panjang" aku..

"haa boleh jaga ahmad" ngah..


diam dan malas bertanya..

angguk.. "boleh jerr"



terbayang muka Arif n Aqil..

yang mmg penghuni rumah kat kg..






"dunia ni berputar" Long aku slalu ingatkan..

dan aku akan ingat... sebabnya..

aku mungkin dalam kesusahan...

dan mereka adalah penyelamat aku...

Sunday, May 25, 2008

cinta@papership

kalau dulu cinta bagi aku sesuatu yang mudah..

kamu menyukai seseorang dan perlukan dia..

bicara tentang apa saja..



short film.."papership" by cik fazleena.. ataupun kak adik, aku tengok semula.. kali ni betul2 memahami... dan aku mula melihat dari sudut kehidupan aku...



"tiada yang harus menyerah dalam perjuangan cinta"... tapi kenapa aku mula rasa aku dah tak mampu berjuang..

aku biarkan kapalkertas aku bergerak dan seperti membiarkan dia tenggelam...



cinta yang ada didepan mata aku.. bukan cinta yang aku mahu..

melihat kawan2 menderita hanya kerana "I LOVE U",,atau "SAYA CINTA AWAK"..

aku mahu lebih melihat cinta itu sesuatu yang dapat aku rasa tanpa perlu aku tercari-cari..



watak Ilham Hakimi, dalam film tu aku gambarkan seperti dia... dia juga datang menjenguk hati aku tanpa memasukinya.. hidup aku yang selama ni berwarna-warni ditambah sedikit dengan warna kusam yang dia calitkan..

patut aku biarkan atau??








p/s: film ni membuatkan aku sedar, aku yang tak pernah menghargai hati aku.. itu mungkin sebabnya dia....pergi...

Saturday, May 24, 2008

hari yang menarik...(kisah Arca&hakim)

macamana aku nak mula menulis pasal hari aku yang menarik...
ok..

diskusi dengan en.Ghani(hakim Festik)
thanks epul..bwk aku skali..

diskusi kami menyeluruh,,
apa harapan dia, kenapa diadili sebegitu..dan keputusan..
aku jangkakan diskusi kami berakhir di luar dewan..

silap..silap sama sekali..
rezeki kami murah.. cucur udang dan ahli diskusi bertambah...
jamuan ringan untuk hakim(pertandingan nyanyian antara staf UPM)

setiap apa yang keluar dari mulut dia aku telitikan.. kerana berguna untuk tahu mana salah dan silap produksi pertama aku..
yaa.. katanya nya Arca dia kagumi.. tapi ada beberapa perkara yang aku kesalkan.. tidak sepatutnya anugerah tidak diperincikan dan berbincang dengan hakim.. inilah kesannya jika terlampau banyak anugerah,,,
dan ada juga anugerah yang dianugerahkan kerana alasan yang bodoh..
bagi aku anugerah penting untuk menjaga kualiti..

dia mmg bersemangat untuk berdiskusi..
macam2 yang epul tanya.. aku menyelit jer..
pentingnya bagi dia "research"..banyak kali..

tapi.. untuk kami yang bukan bidang seni..
dapat mementaskan sesuatu adalah baik...kagum...
itu katanya..
tapi.. bagi aku,dan sesiapa sahaja yang menyintai seni.. terutama teater..
sentiasa ingin mementaskan yang terbaik..

mungkin kalau berkesempatan aku harap dapat berdiskusi lagi..
sbb ceritanya menarik..
+++walaupun kita sedang berlakon, tapi jangan berlakon..
+++dia mmg berhak menang sbb nampak dia buat "research"..
+++bawak cerita yang mudah untuk sampai pada penonton..
+++yang penting naskah.. dan bedah naskah tu..
+++pentingnya pengarah...
+++tak semestinya pentaskan di dewan...
+++aku suka idea tu.. pentaskan sesuatu dijalanan..
+++5 perkara yang penting..IDEA, PENGARAH,EQUIPMENT, TEAM, dan CROWD.


banyak yang diperkatakan.. tapi aku tak mampu nak luahkan melalui tulisan.. mungkin apa yang dikongsi petang tu.. membuatkan aku terfikir dan akan terus mengkaji watak-watak kehidupan..


p/s: thanks , en Ghani, Epul, pengetua KMR

Monday, May 19, 2008

1.00 pagi..

sunyi...
perkataan paling tepat waktu ni..
dah hilang keriuhan bilik kecil ni..
mana semua orang???

Sunday, May 18, 2008

jiwa kosong...

jiwa kosong....
tik..tik...tik...
tenang...
bunyi gitar..
sms..
mana??
aku..
diam..
mereka..
bercerita..

aku anak mak..


aku anak mak..

orang yang akan selimutkan aku waktu aku tertidur lepas tgk CSI tgh malam...

aku anak mak..

orang yang masak kan masak lemak ketam bila aku lama tak balik jenguh rumah..

aku anak mak..

orang yang akan membebel sikit bila aku malas solat..

aku anak mak...

orang yang belikan aku sarapan pagi, tapi aku slalu makan waktu tengahari..

aku anak mak..

dan tetap anak mak,

walau apa yang aku buat,

apa yang aku akan jadi..

biar aku ke Afrika sekalipun..Kutup utara...

sebab dia Mata..Hari..


benarkan aku tonton gelagat isi dunia..

biarkan aku rasa sakit,pedih,dendam,rindu....

hmm segala rasa yang indah..


mak..TERIMA KASIH!!!
kerana aku mampu jadi diri aku...


Tuesday, May 13, 2008

gigs..

ahad lepas aku ke gigs... perlawaan epul mmg takleh aku nak tolak..

smpai jer dkt MCAP.. dah ramai gigers ade kat luar..

dak2 republic setup tmpat diaorg..

aku hmm rasa cam sedih ade,teruja,.. ingat pada kwan2 lama..

sharil,pejo,afiz... arghh damn,,,,


dulu aku tolong along cop baju sbb nak jual kat gig..

skrg print t-shirt berlambak2..

aku pun "gila" nak pilih..


zine2 cam dulu dah takde,,

sbb blog,myspace,macam2 lagi teknologi..

satu je yang sama..

jiwa..teruja jiwa muda..muzik..







Friday, May 9, 2008

pondok atas pokok

dah 3 hari aku berkomentar... pondok atas pokok...
cerita tentang semua...






hari pertama aku gambarkan sebagai hari yang indah... perbualan yang terisi untuk masa depan.. arghh aku sukakan perbincangan sebegitu, santai, tenang dan teruja tentang semua...

"aku risau kalau makin ramai jadi lalang"...
lalang aku wakilkan kepada mereka2 yang pandai untuk gunakan kaki untuk berdiri... mengikut saja arah angin, bagi aku tak salah kalau kita cuba melawan angin untuk kebaikan... "ya!!!!" aku cuma boleh berharap ada yang setuju..

"jomlaa balik" azan maghrib dah menyeru buat semua yang alpa terhenti!!!

hari kedua.. indah...sama seperti yang pertama, kali ni ramai yang ikut aku berbasikal.. tapi akhirnya tinggal aku berdua dengan bangla.. kami berborak kosong.. tentang teruja nya kami tentang dunia teater..







"ko nak berlakon lagi dot??" bangla soal aku, otak aku terdiam...

"nak!!" hmmm mmg dr hati aku,, tapi aku risau.. kesibukan takkan benarkan aku wat perkara yang bagi aku kepuasan... teater..

"bila berlakon aku jadi puas" aku still lagi membebel.. sedang aku tahu bangla ngan dunia die..

"aku nak ubah persepsi orang" aku faham bangla ckap tu bukan omong kosong.. ade mende yang die nak tunjukkan pada semua..

"jom balik dah pukul 7" kami balik sebelum azan datang ke telinga.. dan tersenyum

hari ketiga.. tujuan aku kesitu nak tengok epul berlatih tuk monolog dia,,, sebenarnya lebih kepada bagaimana seseorang yang pernah mengarah aku bermonolog menjadi orang india...



dan macam yang lepas semua indah.. tapi kali ni aku ngan skamboo... belum habis epul punyer latihan, aku dah berada di atas pokok ngan skamboo.. menarik.. ada sesuatu yang kami bicarakan.. "sharing is caring" teringat kata seorang penyanyi kolej aku..
"ko mesti boleh" aku cuma mampu aturkan 3 perkataan tu untuk semangat dia..


dan diam....

menonton latihan epul dari atas pokok membuatkan aku teruja.. suara2 pelakon bermonolog..

"katakan tidak kepada perkauman!!!!"...
dan usai sudah latihan mereka beredar.. tinggalkan aku n skamboo.. atas pokok..

aku masih lagi berbual.. sampai kan ada mata yang jelik.. "takde kerja lain ker???" suara2 yang hangatkan hati skamboo.. petang yang indah jadi sikit tercemar..

"cetek betul pemikiran" opss skamboo betul2 panas.. yee


tak salah untuk membuat teguran.. tapi bagi aku caranya salah.. mungkin mereka nak membetulkan anak bangsa, tapi kenapa bila ada yang melalui depan mereka.. siulan yang mereka hadiahkan.. mereka juga seperti mahu merosakkan anak bangsa...hmmmm perit..



"dahlaa babe, jom balik".. "kita join diaorg main"...cuaca mendung tapi hati kami panas...

aku akan kesana lagi.. bicara... dan indah..












































lupakan dia...

bukan sekali.....aku cuba,
tapi hasilnya sama..
aku dan dia tetap kawan..

aku..penat,,,,
tertipu aku...
biarkan emosi main2kan cinta aku..

dia....
aku gambarkan sebagai racun..
boleh membunuh aku..
perlahan dia bunuh aku... jiwa aku...

sepatutnya dia dah hilang...
dalam dunia yang gelap...
dunia 5 tahun dulu...

tidur dalam sesak..
mati dalam rindu...
itu bukan aku..

aku cuma mampu berharap..
lari dari dia...




boleh ke aku????
mampu ke aku???

Thursday, May 8, 2008

cinta dan nafsu...

cinta...indah...
kecewa..sakit...

nafsu..ghairah..
perlakuan yang mematikan akal semua..

aku dan dia cinta, namun aku hilang dalam nafsu..
dan akhirnya mati...

Wednesday, May 7, 2008

hari yang indah...

hari ni aku berkomentar.. tentang hal dunia.. sekarang dan dahulu..
memang hari yang indah...
membina buah fikiran untuk jadi lebih matang..
basikal, bercerita, cuaca mendung, kesedihan,...
semua bercampur aduk...
dan akhirnya... jadi satu hari yang indah...

Sunday, May 4, 2008

perempuan cantik...

mula kenal dunia.. aku lihat manusia yang paling cantik....

mula aku kenal cinta.. aku mula cemburu perempuan cantik...

kawan pernah berkata... perempuan nampak cantik berbaju kurung...

aku baru terbaca pandangan ikhlas seseorang yang bergelar lelaki ... "perempuan nampak cantik pakai apa sahaja kerana kamu seorang perempuan"...

seorang sahabat aku pernah menangis kerana dia malu..kerana tidak cantik katanya..

sedikit nasihat untuk dia dan semua, termasuk diri aku... perempuan semuanya dilahirkan cantik...tapi bagaimana kita mencantikkan diri kita... itu yang paling penting...

bila aku menjelajah isi dunia, mata aku terbuka luas, minda aku ligat berfikir, kenapa masih ada manusia yang memandang kecantikan hanya sebelah mata...

memandang kecantikan bukan secara dasarnya... kesian pada mereka rasa terhina dengan gelagat sesetengah manusia yang sebegitu...

satu pandangan yang negatif tentang perempuan cantik.. mereka yang cantik kadangkala menggunakan kecantikan untuk kepentingan.. wahai perempuan cantik kasihani pada mereka yang merayu kepada kamu..

ada juga perempuan cantik yang tidak mensyukuri kurnian yang Agung... "bestnyer kalau dapat muka macam ni" terkejut dengar luahan seseorang yang aku anggap perempuan paling cantik..

perihal perempuan cantik takkan habis selagi dunia masih lagi menganjurkan "RATU CANTIK".. hurmmmm

Saturday, May 3, 2008

percutian yang "giler"








skamboo : kalau ko nak pegi, ko tanye niza... ko kan kn amek tau hal blok jer...



aku(dalam hati):hampeh tul...

aku-sms-niza: niza, midah nak join g PD..

niza(yg lemah lembut): boleh jer..

___________________________________________________________________



aku:azue, akak g PD ngan dak2 ni.. hmm tak tau laa best tak.. tapi nak g gak sbb nak release tension...



dak2 ni kate..."kite pg ptg sabtu, lepak umah yaaqub"... blurp... ok ker???

bersiap kul 6, tapi lepak bilik band then bertolak pas maghrib... huhuhu... terfikir lagi ni, ok tak trip ni,,

umah yaaqub.. wow... amazing... lepak bilik die yg ade hot water.. hehek..



lawak giler mase niza menyorok bawah katil.. niza(mmg pompuan melayu terakhir)...



stat masak... nana(chef x bertauliah), yaaqub(masak nasik lemak),niza(mee goreng),epul(keropok microwave)... yang lain duk mengacau sambil main sambung perkataan..



masa mula2 main.. aku tak amik pusing sgt.. smpai dkt zana... die cam blur.. klau tak silap epul kuarkan ayat camni "kita kan dak universiti, acts la cam dak universiti".. penuh makna...

hmm betul... dak univerct kn fikir jauh bukan cam dak sekolah..



aku join main game.. lawak bila lehe tak tau nama bapak yaaqub.. padahal bapak die de dkt situ..



"titik"---perkataan yang glamer..




___________________________________________________________________

aku nak naik van yaaqub.. van die BEEESSSSTTTT.... semua orang naik van die..


main game sampai dah tak larat,,, lawak bile main game katak lompat.. takde sape yg menang..



amin----pemandu berhemah

yaaqub---tuan punya van..


nana-mir-mira-zana-niza-epul-aku-bangla-skamboo-lehe------ bz tangkap gambo..


skamboo---"kitaorang nak pg PD"---pada semua org dia nak bgtau...





____________________________________________________________________




ok.. jom bl tikar(mende basic picnic kitaorg luper)...

banana boat---rockssss!!!!! "abg kitaorng nak jatuh kat tgh laut"--airmata pompuan zana mengalir... niza,,"kitaorg takleh berenang, lawan arus"...

jatuh kali ke3... abg yg bawak ktorg.."kenapa korang jatuh???".... haa???





____________________________________________________________________


jom wat photoshoot...
amin : bola dah hanyut...

niza, mira : "pelampung.... tolong banglaa.. kejar"

bangla : "takleh laa laju sangat ni.."..."xpe2 aku pegi"

yaaqub : "eh takyahlaa".. "dah jauh sangat laa"..

lawak biler kitaorang dah berkira2 brapee kn bayar ganti rugi pelampung.
bangla--balik bawak pelampung ngan selamat...
__________________________________________________________________
perjalanan balik yang memenatkan..
















semua tertido...

apa2pun semua senang dan happy..
___________________________________________________________________
sampai bilik---kosong---aku nak dengar keriuhan..pantai,,






percutian dah berakhir tapi cerita tentang keseronokan aku tak lupa..
sekeping gambar boleh ceritakan segala-galanya..








kenapa blog...


Dr Mahathir menulis??? dalam blog??? woow.. blog dah jadi medan perantara golongan profesional meluahkan apa yang mereka rasa... bak kata mereka blog adalah media alternatif yang boleh membawa perubahan yang besar...

aku ada terbaca dalam majalah AL ISLAm yang mengupas topik kekalahan teruk BN dalam pilihanraya baru-baru ni.. aku bukan pandai sangat bercakap mengenai ini.. tapi aku rasa ini perkara yang asas dan semua orang perlu mengetahuinya.. dalam artikel tu mangatakan media alternatif seperti blog memainkan peranan penting pada keputusan pilihanraya...

kenapa??? blog membolehkan sesiapa sahaja menulis.. macam yang vernon(mr.manager.blogspot) yang juga merupakan pengurus ning baizura mengatakan kalau orang itu ada laptop/pc.. ade internet connection maka orang itu boleh menulis blog... ini kan zaman dunia tanpa sempadan.. pihak-pihak yang berkaitan perlu mengkaji kenapa rakyat malaysia lebih mempercayai gosip-gosip yang ada didalam blog daripada media yang berlesen...

aku ada pendapat aku sendiri, tapi aku menulis blog bukan untuk menghentam mana2 pihak... aku menulis mengikut kata hati...



p/s: Malaysia aman damai