Saturday, May 3, 2008

kenapa blog...


Dr Mahathir menulis??? dalam blog??? woow.. blog dah jadi medan perantara golongan profesional meluahkan apa yang mereka rasa... bak kata mereka blog adalah media alternatif yang boleh membawa perubahan yang besar...

aku ada terbaca dalam majalah AL ISLAm yang mengupas topik kekalahan teruk BN dalam pilihanraya baru-baru ni.. aku bukan pandai sangat bercakap mengenai ini.. tapi aku rasa ini perkara yang asas dan semua orang perlu mengetahuinya.. dalam artikel tu mangatakan media alternatif seperti blog memainkan peranan penting pada keputusan pilihanraya...

kenapa??? blog membolehkan sesiapa sahaja menulis.. macam yang vernon(mr.manager.blogspot) yang juga merupakan pengurus ning baizura mengatakan kalau orang itu ada laptop/pc.. ade internet connection maka orang itu boleh menulis blog... ini kan zaman dunia tanpa sempadan.. pihak-pihak yang berkaitan perlu mengkaji kenapa rakyat malaysia lebih mempercayai gosip-gosip yang ada didalam blog daripada media yang berlesen...

aku ada pendapat aku sendiri, tapi aku menulis blog bukan untuk menghentam mana2 pihak... aku menulis mengikut kata hati...



p/s: Malaysia aman damai

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ziarah
baguslah ada matlamat sendiri untuk menulis

hamidah mubin said...

salam...

matlamat sentiasa ada.. masa yang menghalang..