Sunday, May 4, 2008

perempuan cantik...

mula kenal dunia.. aku lihat manusia yang paling cantik....

mula aku kenal cinta.. aku mula cemburu perempuan cantik...

kawan pernah berkata... perempuan nampak cantik berbaju kurung...

aku baru terbaca pandangan ikhlas seseorang yang bergelar lelaki ... "perempuan nampak cantik pakai apa sahaja kerana kamu seorang perempuan"...

seorang sahabat aku pernah menangis kerana dia malu..kerana tidak cantik katanya..

sedikit nasihat untuk dia dan semua, termasuk diri aku... perempuan semuanya dilahirkan cantik...tapi bagaimana kita mencantikkan diri kita... itu yang paling penting...

bila aku menjelajah isi dunia, mata aku terbuka luas, minda aku ligat berfikir, kenapa masih ada manusia yang memandang kecantikan hanya sebelah mata...

memandang kecantikan bukan secara dasarnya... kesian pada mereka rasa terhina dengan gelagat sesetengah manusia yang sebegitu...

satu pandangan yang negatif tentang perempuan cantik.. mereka yang cantik kadangkala menggunakan kecantikan untuk kepentingan.. wahai perempuan cantik kasihani pada mereka yang merayu kepada kamu..

ada juga perempuan cantik yang tidak mensyukuri kurnian yang Agung... "bestnyer kalau dapat muka macam ni" terkejut dengar luahan seseorang yang aku anggap perempuan paling cantik..

perihal perempuan cantik takkan habis selagi dunia masih lagi menganjurkan "RATU CANTIK".. hurmmmm

No comments: