Friday, May 9, 2008

pondok atas pokok

dah 3 hari aku berkomentar... pondok atas pokok...
cerita tentang semua...






hari pertama aku gambarkan sebagai hari yang indah... perbualan yang terisi untuk masa depan.. arghh aku sukakan perbincangan sebegitu, santai, tenang dan teruja tentang semua...

"aku risau kalau makin ramai jadi lalang"...
lalang aku wakilkan kepada mereka2 yang pandai untuk gunakan kaki untuk berdiri... mengikut saja arah angin, bagi aku tak salah kalau kita cuba melawan angin untuk kebaikan... "ya!!!!" aku cuma boleh berharap ada yang setuju..

"jomlaa balik" azan maghrib dah menyeru buat semua yang alpa terhenti!!!

hari kedua.. indah...sama seperti yang pertama, kali ni ramai yang ikut aku berbasikal.. tapi akhirnya tinggal aku berdua dengan bangla.. kami berborak kosong.. tentang teruja nya kami tentang dunia teater..







"ko nak berlakon lagi dot??" bangla soal aku, otak aku terdiam...

"nak!!" hmmm mmg dr hati aku,, tapi aku risau.. kesibukan takkan benarkan aku wat perkara yang bagi aku kepuasan... teater..

"bila berlakon aku jadi puas" aku still lagi membebel.. sedang aku tahu bangla ngan dunia die..

"aku nak ubah persepsi orang" aku faham bangla ckap tu bukan omong kosong.. ade mende yang die nak tunjukkan pada semua..

"jom balik dah pukul 7" kami balik sebelum azan datang ke telinga.. dan tersenyum

hari ketiga.. tujuan aku kesitu nak tengok epul berlatih tuk monolog dia,,, sebenarnya lebih kepada bagaimana seseorang yang pernah mengarah aku bermonolog menjadi orang india...



dan macam yang lepas semua indah.. tapi kali ni aku ngan skamboo... belum habis epul punyer latihan, aku dah berada di atas pokok ngan skamboo.. menarik.. ada sesuatu yang kami bicarakan.. "sharing is caring" teringat kata seorang penyanyi kolej aku..
"ko mesti boleh" aku cuma mampu aturkan 3 perkataan tu untuk semangat dia..


dan diam....

menonton latihan epul dari atas pokok membuatkan aku teruja.. suara2 pelakon bermonolog..

"katakan tidak kepada perkauman!!!!"...
dan usai sudah latihan mereka beredar.. tinggalkan aku n skamboo.. atas pokok..

aku masih lagi berbual.. sampai kan ada mata yang jelik.. "takde kerja lain ker???" suara2 yang hangatkan hati skamboo.. petang yang indah jadi sikit tercemar..

"cetek betul pemikiran" opss skamboo betul2 panas.. yee


tak salah untuk membuat teguran.. tapi bagi aku caranya salah.. mungkin mereka nak membetulkan anak bangsa, tapi kenapa bila ada yang melalui depan mereka.. siulan yang mereka hadiahkan.. mereka juga seperti mahu merosakkan anak bangsa...hmmmm perit..



"dahlaa babe, jom balik".. "kita join diaorg main"...cuaca mendung tapi hati kami panas...

aku akan kesana lagi.. bicara... dan indah..












































4 comments:

Nazirah Sharifuddin said...

hmm entry ni aku tak reti nak tnye pe.
mngkin sbb keadaan aku yg takde mase tu
wt aku rase mcm pura2 tanak tau ape yg korang rase time ni.

camne tu? hehe

oh lg satu.
beb,
buh la cbox beb. nak tlis msg snang.

hamidah mubin said...

huhuhuuh tak reti nak ltk cbox tu.. hahahhaah
kt sini ok jerk.. nnti ade mase kite g pondok tu.. leh wat sesi hati ke hati...

Asyraf Azizan said...

monyet2..

Anonymous said...

kamu seorang pemimpin tapi kamu juga seorang manusia yang mmpunyai keinginan dalam hidup, memberi kepuasan dlam jiwa, mengekspresi rasa yang ada... lakukan jnr ku!