Thursday, June 26, 2008

pencuri masa itu aku..

aku rindu nak menulis..
bak kata seseorang.. masa aku khabarkan tentang kebosanan..
"menulis dapat mengubat jiwa".. yaa aku setuju...


tapi sekarang kesibukan dan masa yang makin sempit..
aku tak punya banyak waktu..
itulah sebab utama aku terpaksa mencuri..
mencuri masa...

banyak yang aku mahu tulis..
apa yang berlaku.. tetapi ada jaring..
aku tak mahu rosakkan nya..

suatu hari nanti.. pasti!!
dapat menulis sesuatu yang meninggalkan kesan..







Friday, June 20, 2008

kami mencipta pagi yang indah...

dari 2 am bercerita..
dari lagukan nyanyian sumbang..
hinggalah kisah perempuan cantik..

masa ketika lagukan nyanyian sumbang..
ketawa yang jadi bahan utama..
kami berempat, mahu mencipta sejarah..

lagukan sorak untuk tempat kami berteduh..
kami semangat, dan mahu terus bersemangat..

3am...4am...5am...
kami tidak sedar ianya berlalu..
kerana kami yang mahu..

berkongsi rasa seperti kewajipan..
dan ianya seronok..
aku suka..
harap 3 orang yang mencipta..
pagi yang indah ini..
suka seperti aku...

p/s: waktu sekarang 8:48 pagi, aku dan mereka masih bercerita bertemankan surat khabar kosmo... thanks...

untuk kita2 aje...

aku mahu menulis sesuatu..
sebelum memulakan sesuatu...

ianya menjadi dan bukan mainan..
kami satu dan menjadi satu..
berharap untuk terus jadi satu..

Tuesday, June 17, 2008

pillow talk...


aku rindu nak wat "pillow talk"..

ntah aku takde definisi pasal "pillow talk" ni dengan tepat..


"pillow talk" versi aku adalah.. bercakap masa mata hampir dah nak tido..

selalunyer tanpa dirancang.. borak2 berkongsi rasa apa itu
sakit,
sedih,
suka,
masam,
pahit,
kelat,
tawar,
dingin,
panas,
dengan teman kita..


aku tak tipu..
aku betul2 rindu.,.


bilik yang cahayanya cukup tuk tengok muka sesama sendiri..
dah berbaloi...bermakna..


yang paling penting kn cakap perlahan2..
kalau tak kn bambu ngan mak aku or mak wana..


kekeringan idea??
ketua kampung dan seluruh isi kampung jadi model..
untuk bercambahan idea..
cerita2 perempuan..
lelaki idaman..
lelaki itu.. lelaki ini..

impian kisah2 puteri raja..


jiwa yang sama..

telinga yang tahan dengan cerita2..

mulut yang memang suka bercakap..


"beb, ko dah tido??"
ayat pertama yang keluar...


"wei tidolaa,, ngantuk"
ayat yang akan keluar lebih dari 10 kali...


"slow skitlaa gelak tu"..
mmg tak boleh nak kontrol..



teman-teman "pillow talk" yg mmg aku rindu gila..

+Wana!!!! --->beb lama gila tak lepak umah ko...

+Od!!! -----> ko dah bercinta dengan dia.. aku tak rasa ko boleh kongsi rasa tu dengan aku...

+Mah!!! ---->ko mesti slalu wat "pillow talk" ngan laki ko kan??

+Dak2 Umah Diploma dulu---->kita semua dah hilang rasa untuk itu kan??

+BBS mate---> kita ade sesi hati ke hati kan? tapi dah lama tak buat.. yang betul2..



p/s: entri ni betul2 aku rindu, maaf dengan kecelaruan.. aku RINDU teman jiwa aku... ditekankan sekali lagi AKU RINDU!!!!

Sunday, June 15, 2008

jam berdetik...


tik...tik...

jarum jam yang berbunyi..


hari yang indah..

tapi bila laman lelabah dibukak..

sesuatu yang menyentak hati aku..


dia sahabat aku..

dan dia dah bersuami...

itu bukan punca jiwa tak keruan..


tik.. tik..

jam akan terus menganjak ke masa..

sampai satu masa aku akan kembali ke dunia kampus..


dan itula penyebabnya..

sahabat aku memilih jalan bahagia..

sedang aku??


yaa ini memang pilihan aku..

untuk berjalan dilorong ini..

tapi jalan ini aku rasa memenatkan..



apa aku tak tersalah jalan??

aku ingin kongsi rasa..

tapi dia akan hilang..


PERIT...


SUKAR..


GELAP..


SEMPIT...


aku tunggu cahaya.. dan jam berhenti berdetik... tik... tik.. tik..

Saturday, June 14, 2008

ayah..

kata-kata2 ayah aku... yang aku akan ingat selagi aku bernafas...

"anak kita ni masa kecik2,, pandai..cerdik... tapi bila dah besar.. macam2 yang dia jumpa... kwan2,,, masalah tu, masalah ni... tapi walau macamana pun dia tetap anak kita.. hantar laa mana je dia minat.. selagi dia minat belajar, kita dah tak boleh nak dia slalu jadi cerdik pandai macam dia kecik2.."

---masa ni aku terdengar ayah aku dan saudara aku berbual...
+mata aku jadi hangat+
+air mata jatuh rupanya+

_________________________________________________________________________

aku mahu cerita semuanya..
pasal ayah..
tapi hilang kata..
kerana semuanya ada dalam jiwa..
dah sebati..
ayah die yang terbaik
dan aku takut akan hilang dia..

p/s: entri ini ditulis dan terdengar batuk ayah...

Thursday, June 12, 2008

aku telan...kenyataan..

kenyataan....

pahit...

tapi...

ianya...

BENAR!!!!

Monday, June 9, 2008

definisi Hidup



definisi hidup...
dalam dunia ni, pelbagai definisi tentang kehidupan... ada yang kata hidup ni macam roda, sesetengah orang rasa hidup ni macam main judi,kalau berani buat taruhan besar kemungkinan apa yang kita dapat juga besar, atau macam air sungai.. sentiasa mengalir dan akan jumpa jalan mati..apa juga yang digambarkan mengenai kehidupan itu hak individu...dan aku ada definisi aku sendiri...

hidup atau kehidupan bagi aku "simple" dan singkat.."simple" bagi aku mudah,tetapi bukanlah mengambil mudah setiap apa yang berlaku.. dalam hidup ni selalunya kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak kita, aku tak terkecuali untuk itu...dan apa yang aku lakukan mudah.. dengan memegang prinsip.."buatlah dengan cara yang kita suka untuk kerja yang kita tak suka".. dan semunya terletak pada kita untuk merasa tertekan atau mengawal tekanan..

contohnya... untuk memilih menu di kedai mamak, samaada roti kosong atau roti tisu..kedua2 nya sedap dan ada keistimewaan sendiri.. mungkin kita boleh untuk memilih kedua2nya,tetapi kita tidak begitu tamak bukan.. dan senang saja.. ikut kata hati yang akan menggembirakan kamu.. mungkin rasa roti tisu yang manis akan buat kamu sentiasa tersenyum maka pilih lah ia.. begitu juga sebaliknya..

macam tu jugak aku gambarkan dalam kehidupan.. untuk membuat keputusan memilih sesuatu..memerlukan kita untuk menilai keistimewaan atau kekurangan.. tak salah kalau kekurangan yang dipilih.. mana tahu kekurangan itu yang akan jadi kelebihan..

oleh kerana hidup ni singkat maka aku lakukan apa yang aku rasa aku mahu lakukan.. kerana aku tak mahu lagi rasa kecewa, tidak mencuba peluang di depan mata.. meminjam kata kawan aku ,katanya.."10 tahun akan datang..kita akan menyesal dengan apa yang kita TIDAK lakukan sekarang".. persoalannya adakah kita masih hidup 10 tahun lagi?..

dalam hidup aku juga tak lari dari cinta.. dan kerana hidup aku berpegang kepada.. "simple n singkat" aku tak mahu menjadi hamba cinta.. melihat dari kawan2 yang sanggup membuang air mata tanpa sebab,merasakan hidup ini sukar diteruskan... oh tidak.. aku tak begitu setuju.. kenapa mesti kita mengisi kesedihan dalam hidup kita yang singkat.. tipulaa kalau aku katakan aku tak pernah melalui waktu-waktu yang sukar,bila aku berjumpa dengan seseorang yang boleh berkongsi rasa dalam setiap cerita.. namun adakalanya rasa itu tak boleh bersatu.. jadi aku lepaskan..untuk bangkit kembali.. aku kaitkan dengan kehidupan yang mudah.. seperti menamam pokok bunga.. mungkin akan mati.. dan aku percaya ianya akan tubuh semula...

keluarga, dan kawan-kawan banyak memberi aku rasa dalam kehidupan aku, mereka membuatkan hidup aku berwarna..kadang2 warna kusam ada datang sesekali.. itukan kehidupan takkan semuanya warna yang cantik,

mungkin apa yang aku gambarkan mengenai kehidupan tidak sama dengan orang lain.. seperti yang aku katakan tadi.. itu hak individu, bagaimana kita yang mahukan kehidupan kita.. dan aku percaya kepada pegangan aku..yang SATU.. jadi aku ada Dia..
apa definisi hidup bagi kamu??

buku&jiwa

1)tajuk:Langkah Pertama(Kumpulan Cerpen 1954-1959)

Sasterawan Negara : Arena Wati

Buku yang dipinjam di perpustakaan Kampung aku..

cerpen-cerpen yang ditulis setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua..

kisah-kisah pahit getir masyarakat kelas bawahan dibawah pemerintahan penjajah..


cerpen-cerpen seperti Antara Serban dan Duit Kopi.. antara cerpen yang menarik perhatian aku.. apa yang aku lihat sebenarnya tidak jauh beza antara selepas perang dunia Kedua dan sekarang.. mungkin aku tidak berada di waktu itu, namun setelah membaca cerpen-cerpen ArenaWati, aku tersedar kita masih lagi menghadapi situasi dimana penjajah menjajah minda kita...


2) tajuk : Puisi-Puisi Pilihan
Sasterawan negara : Usman Awang.

Buku yang dipinjam di perpustakaan Kampung aku..
Puisi-puisi ini ditulis sebelum dan selepas merdeka..
puisi-puisi Usman Awang ini terlalu dekat dengan masyarakat waktu itu..
semua golongan ada dalam setiap bait puisinya..
puisi-puisi pilihan aku untuk dikongsi..
bagi aku ianya seperti sama dengan keadaan semasa sekarang...
sedangkan ianya sudah ditulis berpuluh tahun yang lepas..


MAHASISWA
1961

Mahasiswa dari kota tanahair
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggumu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota

lihat betapa temanmu telah berdiri disini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani dijalan sunagi besi
sederap belahar dari hidup berani

lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu didada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

karya: usman awang





3) ketiga-tiga buah buku ni aku beli masa gig di MCPA,
buku yang bertajuk Kasut Biru Rubina.. oleh Sufian Abas..
buku ni adalah koleksi fiksyen pop untuk jiwa2 hadhari..
apa yang membuatkan aku tertarik dengan buku ni adalah kata2 :
"ini adalah koleksi fiksyen. lalu segalanya dalam himpunan ini termasuklah
noktah dan komanya adalah penipuan semata. segala persamaan dengan
yang mati, yang hidup, yang zombie, atau yang sudah berada di surga berlaku
kerana sikap perasan yakni satu sikap yang keji"
"buku ini hanya layak dimiliki oleh minda matang sahaja"

dan benar buku ini lain daripada buku2 yang pernah aku baca...
2 buah buku lagi 'Keganasan, Penipuan & Internet' tulisan Hishamuddin Rais..
karya-karya beliau memang lain dari lain.. banyak yang membuatkan fikiran aku bercambah..
dan buku tulisan Kua Kia Soong yang tajuknya "13 MEI".. buku ini memberikan aku satu pandangan apa yang terjadi masa itu...
aku masih lagi membaca dan aku tak mahu hanya sekadar membaca, aku ingin mendapat sesuatu dari apa yang aku baca..
sila jangan terus memberi tanggapan terhadap bahan bacaan aku.. ianya mungkin sumber yang tidak disenangi.. namun aku berhak bukan... :)

p/s:buku2 ini adalah jiwa aku

Sunday, June 8, 2008

5,5,5

Five Foods I Enjoy:-
++mee kari(nak plak kalau banyak kerang)
++nasi goreng yang aku wat sendirik...(rasanya cuma aku yang tahu,,)
++fast food(aku slalu berangan, kalau kj nnti.. ni makanan harian aku..)
++laksa sarawak( 2 kali pernah rasa.. 1kali, sarimah bawak..3 kali aku tambah.. kali ke2....kat makan kat laksa shack)
++mestilaa nasi kosong ngan telur grg yang panas2 +kuah+kicap=yummy!!

Five Things On My To-Do List Today:-
++kacau2 anak sedara aku
++tertido kepenatan...
++tulis blog di waktu petang
++masak nasi goreng cara aku..(jam menunjukkan pukul 11.45mlm)
++tgk C.S.I dengn tenang.. tanpa gangguan..

Five Things I Would Do If I Were A Billionaire:-
++melancong kot..
++amek kelas muzik..
++wat apa aku suka sbb duit aku..
++pergi haji..ngan family..
++beli kamera best,

Five of My Bad Habits:-
++luper hari jadi member baik..(same jer cam nazi)
++tido lambat n bangun lambat..(habit ni mmg dr dulu...semuanya sbb tenet)
++malas nak tulis SMS..
++tak suka pikir hal remeh temeh..
++suka wat sepah bilik.. tapi tak suka kemas,,, huhuhuhu

Five Places I’ve Lived:-
++kampung kuala sentul, maran pahang( bangga giler)
++simpang renggam, johor(3 tahun)
++Indera Mahkota 2, kuantan pahang(3 tahun)
++Kolej Kelima blok Kalui UPM(perlu ker??)
++mana2 saja akak aku tinggal.. sbb aku akan melepak dirumah mereka..

Five Random Things:-
++aku sebenarnya peminat dengan cerita2 simbolik.. short2 film... tak tau laa kenapa..
++dari tingkatan 1 lagi, jiwa aku, internet,, lagu2 ska,, local band.. tulis cerpen.. huhuhuhu.. aku mahu kembali kedunia tu...
++aku suka bila sesuatu majlis tu berjalan lancar.. sbb tu slalunya kenduri2 kawin akak n abg aku.. aku yang jadi ala2 wedding planner..
++aku suke tengok gambar2 yang cantik.. sedikit kejelesan kalau seorang perempuan muda, memegang kamera idaman aku.. n pandai menangkap gambar.. aku mahu jadi seperti itu..
++aku baru tahu yang aku ada kawan yang sama2 tak pergi lagi menara Kuala Lumpur.. lepas ni kita pergi ekk cik nazi..
--yg ni aku nak tambah gak.. aku ada hobi baru.. main silangkata n baca puisi sorang2,,

5 benda yang ada sekeliling aku sekarang..(yg ni aku tambah)
++handphone
++buku2.. sebelah aku buku puisi Usman Awang
++external hardisk aku yg takde casing..
++vcd Spinning gasing
++frame gambar2 aku...

Five People I Tag:
+aku taknak tag saper2..
bolehkan? ni kan blog aku..

bosanDatang

aku..
termenung lagi..
bosan datang..
apa aku nak wat???

rasa cam kerugian plak..
tak ikut mak n ayah ke kenduri..
tapi sampai kul 7.00 petang..
diaorang tak balik2 lagi..
sebab tu aku taknak ikut..

mood nak berbual dengan teman maya = 0..
nak menguyah kentang goreng yg aku goreng = hilang selera..

akhirnya ambik keputusan..
shut down...
yess mak aku dah balik...

Thursday, June 5, 2008

BorakKosongYang Menarik

cinta???
: kalo cinta tu tali mungkin la bleh putus2
: tp persoalannya, adakah cinta itu tali??
: cinta bukan tali
: jd xpenah putus lg ar
: maknenya tak putus lah ekk
: tapi kalau dah takde rase cinta nak pggil cinta lagi?
: ko kate cinta takkan putus.. tapi cintakan perasaan.. kalau dah takde perasaan cinta?
: nak cakap camner?
: kalau tak faham lupakan
: owh xde perasaan
: oo cam tuu ekk
: perasaan tu kan rasa
: rasa xleh putus
: tp bleh ilang rasa
: cam lidah kite
: ko ni jiwang gak ek
: kalo makan byk jeruk nnti ilng rase kt lidahkan
: tp lama kelamaan ade balik
: kan kan
: ye laa encik__________
: haaaa betuikan kan
: yelaa betuilaa semuanya

p/s: ini adalah perbualaan di YM.. dan aku rase menarik untuk dikongsi,, aku dan encik yang dirahsiakan nama,,, hhhahaha

minyak&orangKampungAku

mulanya aku terfikir..
tak usah menulis pasal harga minyak..
tapi ada satu perkara yang wat aku terfikir..
ada sorang kawan aku.. dia memberi komen di blog seorang lagi kwan..
katanya lebih kurang begini.."kita semua naik kereta lembu"...
yaa!!! naik kereta lembu..
+oh tidak!!!
+cube bayang kan nak pegi kj smua kn siap awl..
+lembu2 di negara kita dah pandai baca signboard..
+dan yang paling aku tak mahu.. najisnya dimana2..
aku cuma menambah rencah dalam topik yang hangat dimana2..
dikampung aku, orang yang tak pernah ambik tahu hal negara pun ikut pusing..
padahal dia tak kemana2, hanya mengayuh basikal tua yang setia..
penangan harga minyak..
ohh.. aku tak pandai nak membuat statistik@perbandingan harga...
kalau aku cerita, orang kg bukan faham pun.. cuma adalah 2,3 orang yang tanya.. aku jawab ikut apa aku tahu.. tu pun sebab bapak aku beli BERITA HARIAN.. ada jugak yang cakap ngan aku.. "alaa nanti 2,3 bulan nanti kita dah biasala.. taraf hidup kita dah naik..." itu pandangan ibu tunggal yang cekal barangkali...
aku tak mahu tahu sudut pandangan masyarakat kota, yang memang hidupnya menggunakan kereta..
yang aku mahu tahu apa cerita golongan desa, mereka tak pakai kereta.. kalau ada pun itu yng mampu.. Yaa!! memang mereka tak gunakan kereta ke pasar.. tapi.. kesan kenaikan harga minyak.. menyebabkan harga ikan,sayur,beras,dll.. alasan pemborong.."minyak naik"..
mesti makcik2 yg berkaitan batik hanya melopong mendengar.. mesti mereka terfikir.."apa kena mengena minyak ngan barang2 dapur?"...
agak2nyer,, nak kn adakan seminar tak untuk orang kampung aku.. biar mereka tahu dunia ni.. bukan hanya mengikut bontot orang Besar,, patutnya mereka meminta sesuatu yang membantu.. bukan mengampu hanya untuk kepentingan kipas2 mati jer..
nk aku biar mereka terleka.. mereka orang kampung aku.. mereka tak mahu dengar aku..
meminjam ayat bapak aku..."orang kg tak tahu.." yee.. mereka tak tahu.. tapi sampai bila..
tanggungjawab aku kot bagitahu pakcik2 yang melepak kat kedai kopi, makcik2 yang beli ikan dengan pakcik dolah..
aku kena bagitahu.. yang mereka kena jadikan anak mereka pandai...biar takde lagi orang kampung aku tak tahu pasal kenapa,mengapa,bagaimana krisis minyak terjadi.. biar anak2 mereka yang satu hari nanti akan ceritakan kepada mereka..
ohh.. entri ini sperti sedikit celaru..

7 perkara ajaib

7 FAKTA PENTING TENTANG AKU
1. aku suka berangan sejak aku sekolah rendah..(main pondok2)
2. pembaca semua media larangan!!!
3. aku budak kampung yang jiwanya besar..
4. 3 kali tukar sekolah.. dalam masa 3 tahun..
5. seorang yang tak pernah tahu apa pentingnya ilmu masa sekolah menengah..
6. tengok gelagat manusia dan tafsirkan watak kehidupan manusia..
7. tak pernah baca novel cinta lepas putus cinta....


7 PERKARA MENAKUTKAN AKU
1. Allah S.W.T...
2. risiko..
3. kematian keluarga aku..
4. bawak moto tgh kotaraya Kuala Lumpur
5. nak jmp orang yang tak kenal..
6. kawan aku menjauh..
7. EXAM!

7 LAGU BUAT MASA SEKARANG
1. BONECA - cela
2. LILI ALLEN-smua lagu
(boleh tak aku senarai 2 je...) sebab aku penggemar semua muzik...

7 PERKATAAN YANG SELALU AKU SEBUT
1. bior betoi..
2. tak tau laa..
3. selekeh--->ini aku slalu ckp utk nazi..
4. malasnyee
5. ko kan kawan baek aku
6. ntah ape2..x senonoh..
7. tengok tu..

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI
1. ilmu
2. famili aku
3. sahabat2, tman2 dan mykesayangan. muahx.
4. BBS
5. koleksi vintage aku..
6. majalah2 yang mencelik matahati aku!
7. lesen memandu P aku!!!!!
(cam sama ngan nazi jer)

7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP AKU
1. tukar sekolah ke johor..merantau tnggal ngan akak aku..umur 13 thn..
2. menjadi "perempuan"---menanggung dosa sendiri..12 thn..
3. rasa sakit putus cinta--18 thn..
4. mula masuk UPM--23 thn
5. ade lesen --23 thn.
6. lepak kelantan seminggu.. AMAZING...
7. _________________________(biarlah rahsia)

Wednesday, June 4, 2008

kenapa???kenapa???

terpaksa...bukan aku yang nak.. jiwa aku ni..degil..

sebabnya satu jer.. sebelum2 ni boleh jer..
gilakan??

takleh jadi ni...
"helloo"..yaa aku dah dengar suara tu..
"jom mesej"... huhuhuhu

"jom"...ya..dan semua jadi haru...

Tuesday, June 3, 2008

kegembiraan@kesedihan..[perkahwinan@kematian]

pada mulanya, aku mahu menulis tentang perkahwinan.. sebab semuanya indah.. senyuman.. tak aku lihat sebarang tangisan, kalau ada pun untuk yang benar2 gembira...
perkahwinan Shahdan(sahabat lama aku dr kecil,ada cerita tntang kami..) semuanya sempurna bagi aku.. gelak ketawa, main simbah air lepas majlis berlangsung(mandi sembat).. karaoke untuk mereka yang berjaga malam untuk memasak.. dalam masih lagi aku dan semua bergelak.. ada sudah yang menangisi kematian..

"wik(panggilan tuk nenek) harum"--dia ni ada ikatan saudara ngan aku.. dan umur dia lebih 80..thn..

mak aku yang sibuk di kenduri bergegas untuk menguruskan jenazah.. aku pulang dan aku sedih.. hilang kegembiraan yang baru tadi aku rasa... tak kisah orang tu rapat atau tak.. tapi aku akan rasa kehilangan..
cuma yang termampu aku hadiahkan surah Yasin... dan mengucup jenazah untuk penghormatan terakhir..

aku suka untuk mengikut jemaah menghantar jenazah ke kubur.. mungkin dari kecik lagi mak aku ajar untuk itu... disana aku rasa perasaan yang lain... saat talkin dibacakan.. air mata tumpah sendiri.. talkin dibacakan dalam bahasa yang mudah difahami..(BM).. sepatutnya sesiapa yang mendengar akan insaf.. kerana gambaran dunia disana sudah jelas...

aku terfikir.. bersediake aku untuk menerima kematian..
dan selalunya aku beranggapan takper kalau kita tak ke majlis perkahwinan seseorang, tetapi jika ada kematian, aku rasa ralat kalau tak melawat.. kerana seseorang yang dah meninggal akan terus hilang...


p/s: al fatihah..