Monday, June 9, 2008

buku&jiwa

1)tajuk:Langkah Pertama(Kumpulan Cerpen 1954-1959)

Sasterawan Negara : Arena Wati

Buku yang dipinjam di perpustakaan Kampung aku..

cerpen-cerpen yang ditulis setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua..

kisah-kisah pahit getir masyarakat kelas bawahan dibawah pemerintahan penjajah..


cerpen-cerpen seperti Antara Serban dan Duit Kopi.. antara cerpen yang menarik perhatian aku.. apa yang aku lihat sebenarnya tidak jauh beza antara selepas perang dunia Kedua dan sekarang.. mungkin aku tidak berada di waktu itu, namun setelah membaca cerpen-cerpen ArenaWati, aku tersedar kita masih lagi menghadapi situasi dimana penjajah menjajah minda kita...


2) tajuk : Puisi-Puisi Pilihan
Sasterawan negara : Usman Awang.

Buku yang dipinjam di perpustakaan Kampung aku..
Puisi-puisi ini ditulis sebelum dan selepas merdeka..
puisi-puisi Usman Awang ini terlalu dekat dengan masyarakat waktu itu..
semua golongan ada dalam setiap bait puisinya..
puisi-puisi pilihan aku untuk dikongsi..
bagi aku ianya seperti sama dengan keadaan semasa sekarang...
sedangkan ianya sudah ditulis berpuluh tahun yang lepas..


MAHASISWA
1961

Mahasiswa dari kota tanahair
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggumu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota

lihat betapa temanmu telah berdiri disini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani dijalan sunagi besi
sederap belahar dari hidup berani

lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu didada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

karya: usman awang





3) ketiga-tiga buah buku ni aku beli masa gig di MCPA,
buku yang bertajuk Kasut Biru Rubina.. oleh Sufian Abas..
buku ni adalah koleksi fiksyen pop untuk jiwa2 hadhari..
apa yang membuatkan aku tertarik dengan buku ni adalah kata2 :
"ini adalah koleksi fiksyen. lalu segalanya dalam himpunan ini termasuklah
noktah dan komanya adalah penipuan semata. segala persamaan dengan
yang mati, yang hidup, yang zombie, atau yang sudah berada di surga berlaku
kerana sikap perasan yakni satu sikap yang keji"
"buku ini hanya layak dimiliki oleh minda matang sahaja"

dan benar buku ini lain daripada buku2 yang pernah aku baca...
2 buah buku lagi 'Keganasan, Penipuan & Internet' tulisan Hishamuddin Rais..
karya-karya beliau memang lain dari lain.. banyak yang membuatkan fikiran aku bercambah..
dan buku tulisan Kua Kia Soong yang tajuknya "13 MEI".. buku ini memberikan aku satu pandangan apa yang terjadi masa itu...
aku masih lagi membaca dan aku tak mahu hanya sekadar membaca, aku ingin mendapat sesuatu dari apa yang aku baca..
sila jangan terus memberi tanggapan terhadap bahan bacaan aku.. ianya mungkin sumber yang tidak disenangi.. namun aku berhak bukan... :)

p/s:buku2 ini adalah jiwa aku

4 comments:

n a b i l a a t h i r a said...

nanti nak pinjAm ea..hu3
wat mke tebaL ckit..lalala =))

hamidah mubin said...

tebal bp inci?
huhuhuu boleh jerk..

Nazirah Sharifuddin said...

aku jmpe byk blog2 yg sejiwa dgn k.dot.
siap copy and paste di notepad
ade yg menarik tapi tak pahm

nk mntak pandangan k.dot.
nanti dah on9 bgtau,
ym2 ok.

hamidah mubin said...

menarik!!!
wei aku dah online r...