Monday, June 9, 2008

definisi Hidup



definisi hidup...
dalam dunia ni, pelbagai definisi tentang kehidupan... ada yang kata hidup ni macam roda, sesetengah orang rasa hidup ni macam main judi,kalau berani buat taruhan besar kemungkinan apa yang kita dapat juga besar, atau macam air sungai.. sentiasa mengalir dan akan jumpa jalan mati..apa juga yang digambarkan mengenai kehidupan itu hak individu...dan aku ada definisi aku sendiri...

hidup atau kehidupan bagi aku "simple" dan singkat.."simple" bagi aku mudah,tetapi bukanlah mengambil mudah setiap apa yang berlaku.. dalam hidup ni selalunya kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak kita, aku tak terkecuali untuk itu...dan apa yang aku lakukan mudah.. dengan memegang prinsip.."buatlah dengan cara yang kita suka untuk kerja yang kita tak suka".. dan semunya terletak pada kita untuk merasa tertekan atau mengawal tekanan..

contohnya... untuk memilih menu di kedai mamak, samaada roti kosong atau roti tisu..kedua2 nya sedap dan ada keistimewaan sendiri.. mungkin kita boleh untuk memilih kedua2nya,tetapi kita tidak begitu tamak bukan.. dan senang saja.. ikut kata hati yang akan menggembirakan kamu.. mungkin rasa roti tisu yang manis akan buat kamu sentiasa tersenyum maka pilih lah ia.. begitu juga sebaliknya..

macam tu jugak aku gambarkan dalam kehidupan.. untuk membuat keputusan memilih sesuatu..memerlukan kita untuk menilai keistimewaan atau kekurangan.. tak salah kalau kekurangan yang dipilih.. mana tahu kekurangan itu yang akan jadi kelebihan..

oleh kerana hidup ni singkat maka aku lakukan apa yang aku rasa aku mahu lakukan.. kerana aku tak mahu lagi rasa kecewa, tidak mencuba peluang di depan mata.. meminjam kata kawan aku ,katanya.."10 tahun akan datang..kita akan menyesal dengan apa yang kita TIDAK lakukan sekarang".. persoalannya adakah kita masih hidup 10 tahun lagi?..

dalam hidup aku juga tak lari dari cinta.. dan kerana hidup aku berpegang kepada.. "simple n singkat" aku tak mahu menjadi hamba cinta.. melihat dari kawan2 yang sanggup membuang air mata tanpa sebab,merasakan hidup ini sukar diteruskan... oh tidak.. aku tak begitu setuju.. kenapa mesti kita mengisi kesedihan dalam hidup kita yang singkat.. tipulaa kalau aku katakan aku tak pernah melalui waktu-waktu yang sukar,bila aku berjumpa dengan seseorang yang boleh berkongsi rasa dalam setiap cerita.. namun adakalanya rasa itu tak boleh bersatu.. jadi aku lepaskan..untuk bangkit kembali.. aku kaitkan dengan kehidupan yang mudah.. seperti menamam pokok bunga.. mungkin akan mati.. dan aku percaya ianya akan tubuh semula...

keluarga, dan kawan-kawan banyak memberi aku rasa dalam kehidupan aku, mereka membuatkan hidup aku berwarna..kadang2 warna kusam ada datang sesekali.. itukan kehidupan takkan semuanya warna yang cantik,

mungkin apa yang aku gambarkan mengenai kehidupan tidak sama dengan orang lain.. seperti yang aku katakan tadi.. itu hak individu, bagaimana kita yang mahukan kehidupan kita.. dan aku percaya kepada pegangan aku..yang SATU.. jadi aku ada Dia..
apa definisi hidup bagi kamu??

2 comments:

Nazirah Sharifuddin said...

pngertian kehidupan mmg berbeza. bg aku hidup ni kena makan. baru lah kenyang.

hamidah mubin said...

mmg tak boleh blah...