Tuesday, June 3, 2008

kegembiraan@kesedihan..[perkahwinan@kematian]

pada mulanya, aku mahu menulis tentang perkahwinan.. sebab semuanya indah.. senyuman.. tak aku lihat sebarang tangisan, kalau ada pun untuk yang benar2 gembira...
perkahwinan Shahdan(sahabat lama aku dr kecil,ada cerita tntang kami..) semuanya sempurna bagi aku.. gelak ketawa, main simbah air lepas majlis berlangsung(mandi sembat).. karaoke untuk mereka yang berjaga malam untuk memasak.. dalam masih lagi aku dan semua bergelak.. ada sudah yang menangisi kematian..

"wik(panggilan tuk nenek) harum"--dia ni ada ikatan saudara ngan aku.. dan umur dia lebih 80..thn..

mak aku yang sibuk di kenduri bergegas untuk menguruskan jenazah.. aku pulang dan aku sedih.. hilang kegembiraan yang baru tadi aku rasa... tak kisah orang tu rapat atau tak.. tapi aku akan rasa kehilangan..
cuma yang termampu aku hadiahkan surah Yasin... dan mengucup jenazah untuk penghormatan terakhir..

aku suka untuk mengikut jemaah menghantar jenazah ke kubur.. mungkin dari kecik lagi mak aku ajar untuk itu... disana aku rasa perasaan yang lain... saat talkin dibacakan.. air mata tumpah sendiri.. talkin dibacakan dalam bahasa yang mudah difahami..(BM).. sepatutnya sesiapa yang mendengar akan insaf.. kerana gambaran dunia disana sudah jelas...

aku terfikir.. bersediake aku untuk menerima kematian..
dan selalunya aku beranggapan takper kalau kita tak ke majlis perkahwinan seseorang, tetapi jika ada kematian, aku rasa ralat kalau tak melawat.. kerana seseorang yang dah meninggal akan terus hilang...


p/s: al fatihah..

6 comments:

Nazirah Sharifuddin said...

sayu kan dengar talkin dekat kubur, duk kat tikar yg dibentang. rase sedih jiwa. rase diri btol2 insaf. tu sbab patot slalu gi kubur. mnginsafkn kita.

tp slalu skng kalu org kawen laju je nak gi, tp kalu ade org mati jrg yg nak gi kenduri tahlil. padahal tu yg seeloknye. manusia2.

manusia takkan sedar/insaf slagi belum org yg tersayang pergi meninggalkan nya. itu hakikat.

hamidah mubin said...

hmm setuju....

n a b i l a a t h i r a said...

waLaupOon oRg tuh xrapat...rase ade samthing yg iLang...dan air mate akan tumpah dgn sinrinye..

xbsedie utk mati dan xbsedie utk kehilangan org trsYg..tp ajaL xkire tuh sume kan..

hamidah mubin said...

yup.. ajal kan takkan terkurang atau terlebih bila dah sampai masanya..

Anonymous said...

kala muzik dimainkan, mmg diri dilupakan, maruah digadaikan,
larangan diendahkan dan akhirat dilupakan...
kala talkin didengar, baru diri menjadi segar, mengenang sume dosa, myesal semua laku dan baru mengingati dunia yg semntara..


semoga kita tidak jauh dariNYA..

hamidah mubin said...

yup mr. epul... kita semua berharap walau g mana pun kita.. kita tak jauh,,,